Home » Langit Terbuka » Aktiviti keagamaan di masjid, surau di Kedah dibenarkan

Aktiviti keagamaan di masjid, surau di Kedah dibenarkan

Solat jemaah termasuk solat Jumaat dibenarkan di kawasan zon hijau dan kuning di Kedah dengan bilangan jemaah berdasarkan keluasan kawasan selain penjarakan sosial satu meter. - Foto Karangkraft

ALOR SETAR – Aktiviti keagamaan di masjid dan surau di Kedah dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) tertentu.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah, Mohd. Yusri Md. Daud berkata, antara ketetapan itu adalah masjid dan surau hanya akan dibuka satu jam sebelum waktu solat dan satu jam setengah sebelum solat Jumaat serta ditutup selepas sempurna solat tersebut.

“Namun ketetapan ini dikecualikan bagi penganjuran program keagamaan dan majlis ilmu seperti ceramah, kuliah, kelas agama, tazkirah sebelum Jumaat dalam skala kecil.

“Itu termasuk pengurusan jenazah (bukan akibat Covid-19) dan solat jenazah,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada 8 November.

Kata beliau, solat jemaah termasuk solat Jumaat dibenarkan di kawasan zon hijau dan kuning dengan bilangan jemaah berdasarkan keluasan kawasan selain penjarakan sosial satu meter.

“Bilangan jemaah bagi melaksanakan solat fardu berjemaah di semua masjid dan surau dibenarkan berdasarkan satu pertiga kapasiti dewan solat utama masjid atau surau dengan penjarakan fizikal minimum satu meter.

“Sekiranya mencapai bilangan maksimum jemaah, pihak jawatan kuasa hendaklah memastikan tiada lagi pergerakan keluar masuk ke premis masjid atau surau,” ujarnya.

Sementara di zon merah pula, katanya, bilangan jemaah dibenarkan bagi melaksanakan solat Jumaat berjemaah adalah seramai 40 orang manakala solat fardu pula seramai 12 jemaah termasuk jawatan kuasanya.

Tambahnya, sebarang program keagamaan dan majlis ilmu dalam skala besar dan melibatkan jemputan rentas negeri adalah tidak dibenarkan.

“Aktiviti-aktiviti sosial dan kemasyarakatan di masjid dan surau seperti kenduri, gotong-royong dan sebagainya adalah tidak dibenarkan

“Solat jenazah hanya terhad kepada pegawai atau jawatan kuasa masjid dan ahli keluarga si mati sahaja,” katanya. – K! ONLINE

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *