Home » Langit Terbuka » Aktiviti politik tidak dibenarkan di masjid seluruh Perlis

Aktiviti politik tidak dibenarkan di masjid seluruh Perlis

Perbincangan, dialog dan dakwah yang dilaksanakan di masjid seharusnya mencerminkan keharmonian, titah Raja Muda Perlis

 

KANGAR – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, tiada sebarang aktiviti politik dibenarkan dijalankan di seluruh masjid di negeri ini yang melibatkan parti kerajaan atau pembangkang.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, setiap perbincangan, dialog dan dakwah yang dilaksanakan di masjid seharusnya mencerminkan keharmonian.

“Sementara itu, masyarakat bukan Islam tidak perlu terasing dengan masjid.

“Pintu masjid sentiasa terbuka sekiranya mereka mempunyai sebarang persoalan atau memerlukan penjelasan lanjut mengenai agama Islam.

“Mereka dialu-alukan untuk hadir ke masjid khususnya Masjid Alwi di sini sekiranya terdapat persoalan yang ingin diajukan,” titah baginda di Masjid Alwi di sini.

Baginda bertitah sedemikian selepas berkenan melancarkan Kempen Ziarah Masjid bersama Masyarakat Bukan Islam 2018 anjuran One Centre Malaysia, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Jabatan Mufti Perlis dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs).

Tuanku Syed Faizuddin merupakan Yang Dipertua MAIPs. – KOSMO

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *