Home » YADIM MADANI » Amanat KPE ‘Membangun Malaysia MADANI’ Kepada Pelatih PDMY

Amanat KPE ‘Membangun Malaysia MADANI’ Kepada Pelatih PDMY

HULU LANGAT – Sesi amanat Ketua Pegawai Eksekutif YADIM bersama pelatih Pondok Daie Muda YADIM (PDMY) telah berlangsung pada 23 Jun di Institut Latihan Dakwah YADIM (INDAH), Hulu Langat.

Ustaz Zamri Zainal Abidin meluangkan masa hampir dua jam daripada jadual sibuk beliau untuk menyampaikan amanat dengan tema ‘Membangun Malaysia MADANI’ kepada 14 orang pelatih PDMY tahun ini.

Secara santai namun tegas beliau menekankan bahawa konsep PDMY adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar pondok agar lebih kenal mad’u masa kini serta mengangkat pengajian Turath ke peringkat yang lebih tinggi.

Institusi pondok ujar beliau, bukan sekadar warisan tetapi aset masa depan negara dan YADIM kini mempunyai tanggungjawab besar membangun dan memodenkan pondok-pondok di seluruh negara.

Menyentuh tentang Aspirasi Malaysia MADANI, Ustaz Zamri menjelaskan bahawa ia adalah dasar negara, bukannya dasar politik, yang rangkanya yang diambil daripada contoh bagaimana Nabi SAW membina Madinatul Munarawah.

Mengakhiri pertemuan, pelatih PDMY diseru untuk bersedia dengan dunia dakwah yang kini pantas berubah serta mengutamakan berilmu, saling menghormati, berdaya cipta, berakhlak mulia kerana mereka adalah ejen YADIM untuk menggerakkan adab.

Hadir sama ke sesi ini ialah Pengarah INDAH, Ustaz Mohd Khairrul Fuad Samsudin dan Pengarah Bahagian Pembangunan Duát YADIM, Puan Hafsah Husain.

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *