Home » Langit Terbuka » AmBank Islamic raih anugerah Bank Islam terbaik SME Bank Malaysia 2020 oleh GBAF

AmBank Islamic raih anugerah Bank Islam terbaik SME Bank Malaysia 2020 oleh GBAF

Anugerah oleh GBAF itu mengesahkan komitmen Ambank Islamic untuk membuka peluang dan menunjukkan sokongan dan komitmen kukuh kepada pelanggan perusahaan kecil dan sederhana. - Foto NSTP

KUALA LUMPUR – AmBank Islamic Bhd (AmBank Islamic) meraih Anugerah Bank Islam Terbaik SME Bank Malaysia 2020 yang dianugerahkan Global Banking & Finance Review (GBAF).

Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan AmBank, Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata anugerah itu mengesahkan komitmen Ambank Islamic untuk membuka peluang dan menunjukkan sokongan dan komitmen kukuh kepada pelanggan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Anugerah ini dimanifestasikan  antaranya menerusi Ambank BizRACE dan khususnya dalam ‘Halal Quest’ AmBank Islamic iaitu pertandingan perniagaan berasaskan digital kepada PKS yang berhasrat mendapatkan pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,” katanya dalam kenyataan pada 7 September.

Ditubuhkan pada 2011, GBAF ialah portal kewangan dan majalah bercetak yang berpangkalan di United Kingdom. Anugerah itu diwujudkan untuk mengiktiraf syarikat-syarikat tanpa mengira saiz dan terkemuka dalam beberapa bidang kepakaran dan kecemerlangan dalam dunia kewangan. – Bernama

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *