Home » Citra Yadim » Anak anak yatim penghuni DAYA disantuni YADIM Kedah

Anak anak yatim penghuni DAYA disantuni YADIM Kedah

ALOR SETAR – Menyantuni dan memberi keceriaan kepada anak anak yatim sangat dituntut lebih lebih lagi dalam bulan Ramadan ini.

Justeru pada 15 April, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah telah menyantuni  anak anak yatim di Pertubuhan Kebajikan Anak Anak Yatim Batu 9 (DAYA) di sini.

Seramai 40 anak yatim disantuni menerusi pemberian wang tunai selain diraikan dalam majlis berbuka puasa.

Turut diadakan ialah solat tarawih bersama dan sesi tazkirah Ramadan bersama Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria.

Hadir bersama ke majlis ini ialah Ahli Lembaga Yayasan Islam Negeri Kedah, Ustaz Radhi Abd Rahman dan Pengerusi DAYA, Ustaz Yusof Haji Ahmad.

Program ini merupakan sebahagian daripada pengisian untuk Ihya Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360).

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *