Home » Citra Yadim » Anak yatim, ibu tunggal terus diberi perhatian SAY Kuala Langat

Anak yatim, ibu tunggal terus diberi perhatian SAY Kuala Langat

KEBUN BHARU – Golongan kurang bernasib baik, khususnya anak yatim dan ibu tunggal di daerah ini terus mendapat perhatian Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat.

Menerusi inisiatif mereka, seramai 25 keluarga anak yatim dan ibu tunggal menerima sumbangan makanan siap dimasak serta sedikit wang tunai pada 30 Julai di kampung ini dan Kampung Sijangkang.

Sebuah keluarga di sini dan dua lagi di Sijangkang pula menerima sumbangan barangan keperluan harian. Kesemua sumbangan ini disampaikan oleh Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin dan ahli jawatankuasanya.

SAY Kuala Langat menyatakan komitmen akan terus membantu golongan masyarakat yang memerlukan jika mendapat maklumat daripada masyarakat setempat yang prihatin.

Artikel Berkaitan

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Dialah Muhammad Rasulullah SAW

Allah menjadikan musuhnya gerun dan takut sebelum menemuinya dalam jarak tempoh sebulan. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *