Home » Citra Yadim » Anggota SAY Perlis dan Kedah Sertai LASAK

Anggota SAY Perlis dan Kedah Sertai LASAK

KANGAR – Bahagian Khidmat Sosial YADIM meneruskan lagi inisiatif memperkasa Sukarelawan YADIM (SAY) menerusi penganjuran program Latihan Asas Sukarelawan YADIM (LASAK) Siri 2/2026 Zon Utara pada 10 dan 11 Mei.

Siri terbaharu itu telah berlangsung di Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang, Perlis (PPB Wang Pinang), yang dihadiri seramai 36 anggota SAY dari Perlis dan Kedah.

Mereka telah menjalani latihan seperti simulasi praktikal dan teori bantuan kecemasan oleh Leftenan Muda (Pertahanan Awam) Muhammad Amirul Aiman Husin dari Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perlis.

Menerusi sesi Ekplorasi Dakwah LASAK pula, para peserta telah di bawa menjelajah ke Gua Kelawar di bawah bimbingan Pegawai Kem PPB Wang Pinang, Encik Mohd Sairi Mohd Sabri serta pegawai beliau.

Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Timbalan Yang Dipertua YADIM, Profesor Madya Dr. Adi Anuar Azim. Beliau telah merakamkan penghargaan atas kesungguhan para peserta menjalani latihan dan menyeru agar anggota SAY yang hadir bergerak bersama untuk menyebarkan kebaikan melalui program yang dilaksanakan.

Turut disentuh beliau ialah kepentingan menerapkan nilai MADANI dan menerangkan kepentingan melihat konsep MADANI dengan mata hati.

Hadir sama ke penganjuran siri kali ini ialah Pengarah YADIM Negeri Kedah dan Perlis, Dr. Mujahid Abdullah dan Pengarah Bahagian Khidmat Sosial, Encik Shahrizal Mat.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *