Arab Saudi keluarkan 2.7 juta visa umrah

0
339
Reformasi Visi 2030 yang dicadangkan kerajaan Arab Saudi sebelum ini menumpukan langkah untuk menarik lebih 30 juta jemaah umrah, selain menawarkan perkhidmatan yang terbaik. - Foto YourNewsWire.com

JEDDAH – Visa umrah yang dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi bagi tahun ini sudah mencecah 2.7 juta.

Arab News yang memetik data daripada Kementerian Haji dan Umrah melaporkan, daripada jumlah itu, seramai 2,346,429 jemaah sudah ber­ada di negara ini.

Kira-kira 2.1 juta jemaah memasuki negara ini menerusi pengangkutan udara manakala selebihnya iaitu 213,121 jemaah menerusi jalan darat dan 10,884 lagi melalui laut.

- advertisement -

Jumlah jemaah terbesar adalah dari Pakistan dengan seramai 637,745 orang diikuti Indonesia (420,410) dan India (292,607).

Jemaah dari Malaysia pula seramai 135,895 orang manakala Yemen (128,618), Mesir (73,179), Turki (65,970), Emiriah Arab Bersatu (59,855) dan Bangladesh (57,701).

Reformasi Visi 2030 yang dicadangkan sebelum ini menumpukan langkah untuk menarik lebih 30 juta jemaah umrah, selain menawarkan perkhidmatan yang terbaik.

Pada tahun lalu, kementerian tersebut melancarkan sistem penunjuk mingguan menyaksikan pihak berkuasa boleh mengesan jumlah jemaah yang memasuki negara ini. – Arab News

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here