Home » Langit Terbuka » Arab Saudi mungkin benarkan wanita tunai haji tanpa mahram

Arab Saudi mungkin benarkan wanita tunai haji tanpa mahram

JEDDAH – Golongan wanita mungkin dibenarkan untuk mengerjakan haji tanpa mahram, menurut laporan Arab News.

Ketika ini, wanita di bawah usia 45 tahun yang berhasrat untuk mengerjakan rukun Islam kelima itu perlu membawa mahram (penjaga lelaki) walaupun peraturan itu dilonggarkan untuk mereka yang berumur lebih 45 tahun.

Bagaimanapun, Kementerian Haji dan Umrah sedang melakukan kajian untuk mengeluarkan visa pelancong untuk tujuan melancong dan umrah.

Langkah itu akan membuka jalan untuk membenarkan wanita melakukan ibadah haji atau umrah tanpa mahram.

Akhir bulan lalu, Saudi melancarkan visa pelancongan baharu sebagai usaha mempelbagai sumber ekonomi di negara.

Tempoh sah laku visa tersebut adalah selama setahun daripada tarikh ia dikeluarkan dan pelancong dibenarkan tinggal di negara itu selama tiga bulan untuk setiap lawatan. – Arab News

Artikel Berkaitan

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *