Home » Langit Terbuka » AS tuntut siasatan telus pembunuhan Rohingya

AS tuntut siasatan telus pembunuhan Rohingya

Kanak-kanak Rohingya. Foto : cdn.cnn.com

WASHINGTON 10 Feb. – Laporan siasatan terhadap pembunuhan etnik Rohingya di Myanmar mendorong Amerika Syarikat (AS) untuk mendapatkan siasatan lebih telus seperti yang dilaporkan dua wartawan yang ditahan pihak ber­kuasa di negara itu.

Agensi berita Reuters melaporkan, pihak berkuasa AS juga me­nuntut dua orang wartawan yang ditahan itu turut dibebaskan.

Dalam laporan tersebut, sebanyak 10 orang lelaki dari Kampung Inn Din telah dibunuh dan ditanam di kawasan perkuburan besar selepas ditembak oleh askar dan penganut Buddha.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Heather Nauert berkata, laporan berhubung penemuan kubur besar itu menunjukkan keperluan mendesak pihak berkuasa Myanmar untuk memberi kerjasama berkaitan kejadian yang berlaku di utara Rakhine.

“Siasatan ini akan membantu memberikan gambaran sebenar berhubung apa yang terjadi, mendedahkan identiti mangsa, mengenal pasti pihak bertanggungjawab yang melakukan pe­langgaran hak asasi manusia dan keadilan kepada mereka,” kata­nya.

Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam mendedahkan, laporan Reuters membimbangkan dan me­nunjukkan keperluan mendesak untuk menyiasat keganasan yang berlaku di Rakhine.

Reuters turut mendedahkan temu ramah dengan penganut Buddha yang mengaku membakar rumah etnik Rohing­ya, mengebumikan mayat dan membunuh etnik Rohingya yang ko­non­nya tercetus angkara sera­ngan pemberontak Rohingya me­­­nyerang pos keselamatan pada Ogos tahun lalu.

Selain itu, ketika ditanya me­ngenai bukti berkaitan pembunuhan beramai-ramai itu, jurucakap kerajaan Myanmar, Zaw Htay berkata, mereka tidak menafikan tuduhan berlakunya pelanggaran hak asasi manusia dan tidak berselindung.

“Sekiranya terdapat bukti utama yang kukuh dan boleh dipercayai yang menyalahi undang-undang, kerajaan akan membuat siasatan,” katanya.

Bagaimanapun, setakat ini ke­rajaan Myanmar tidak memberikan sebarang reaksi berhubung laporan itu. – REUTERS

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *