Home » Langit Terbuka » Asas agama Islam perlu diajar di sekolah vernakular

Asas agama Islam perlu diajar di sekolah vernakular

Menurut Mufti Pulau Pinang, pemahaman Islam dalam konteks kepercayaan (akidah), ibadat, muamalat dan akhlak dapat mengelakkan Islamofobia. - Foto BebasNews

GEORGETOWN – Perkara asas mengenai agama Islam perlu diperkenalkan di sekolah vernakular di negara ini bagi memberi pemahaman mengenai ajaran Islam sebenar selain dapat mengukuhkan perpaduan kaum.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, pengenalan itu memberi peluang mereka memahami ajaran Islam yang selama ini mungkin disalah tafsir.

Menurutnya, pemahaman Islam dalam konteks kepercayaan (akidah), ibadat, muamalat dan akhlak dapat mengelakkan Islamofobia.

“Kebimbangan orang bukan Islam terhadap usaha pihak kerajaan memartabatkan kedudukan Islam di negara ini adalah kejahilan terhadap agama itu sendiri,” katanya menerusi satu kenyataan di sini pada 6 Januari.

Wan Salim berkata, seperti yang sedia maklum oleh setiap pengkaji bahawa Islam bukan agama yang suka kepada kebencian dan permusuhan kepada penganut agama lain, jauh sekali daripada menganjurkan keganasan.

Justeru katanya, dengan memahami ajaran Islam yang sebenar seseorang akan dapat membezakan ajaran palsu pihak berkepentingan tertentu.

Sementara itu, menyentuh mengenai tulisan jawi, Wan Salim berkata, beliau masih tidak faham punca sebenar bantahan yang dibuat oleh Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Gabungan Seni Khat Action Team (Sekat) Nasional terhadap cadangan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk memperkenalkan tulisan itu di sekolah.

Katanya, andaian yang menyebut bahawa bantahan disebabkan kebimbangan kepada usaha Islamisasi sama sekali tidak logik kerana setakat mempelajari seni khat atau kaligrafi tidak mungkin menjadi motif yang mencukupi bagi mendorong seorang bukan Islam mengucap syahadat.

“Perlu diakui bahawa tulisan jawi sememangnya berkait rapat dengan agama Islam dan perkembangannya di rantau Nusantara ini.

“Kitab-kitab agama Islam banyak ditulis dalam tulisan jawi dan memang digunakan dalam proses pengajaran terutama di sekolah agama tradisional yang lebih dikenali di Malaysia sebagai sekolah pondok dan di Indonesia sebagai pesantren.

“Namun usaha KPM untuk memperkenalkan tulisan jawi di sekolah vernakular tidak mempunyai dampak Islamisasi seperti yang dibimbangi oleh Dong Zong dan Sekat,” katanya. – Sinar Harian

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *