Home » Citra Yadim » Asnaf keturunan Siam, Cina turut terima sumbangan YADIM Kelantan

Asnaf keturunan Siam, Cina turut terima sumbangan YADIM Kelantan

PASIR PUTEH – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)  Negeri Kelantan hari ini (10 Februari) turun padang menyantuni 10 keluarga asnaf yang mempunyai ahli keluarga Orang Kelainan Upaya atau sakit terlantar di sekitar Dewan Undangan Negeri Limbongan dan Gaal di sini.

Bagi meringankan bebanan keluarga yang terlibat,  YADIM Negeri Kelantan menyerahkan sumbangan berbentuk makanan keperluan asas, susu formula dan lampin pakai buang.

Badan dakwah ini diwakili Pengarahnya Ustaz Mahadi Awang. Hadir sama ialah Ahli Jawatankuasa  Induk Sukarelawan YADIM Kelantan, iaitu Rose Mornaliza Ramli bersama-sama empat orang ahli Sukarelawan YADIM Daerah Pasir Puteh.

Antara 10 keluarga asnaf yang diziarahi,  dua daripadanya adalah keluarga berketurunan Siam serta satu keluarga Cina.

Sumbangan disampaikan tanpa mengira latar belakang, sesuai dengan gerak kerja dakwah YADIM yang menyantuni semua.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *