Home » Citra Yadim » Asnaf Manek Urai terima bantuan Ramadan/Aidilfitri YADIM-CIMB Islamic

Asnaf Manek Urai terima bantuan Ramadan/Aidilfitri YADIM-CIMB Islamic

KUALA KRAI – Selain Bachok di negeri ini, Manek Urai di sini juga menjadi lokasi program Bantuan Ramadhan/Aidilfitri Yayasan Dakwah Islaamiah Malaysia (YADIM) Bersama Cimb Islamic Bank Berhad pada 9 Mei.

Di lokasi ini, program diadakan menggunakan konsep ziarah asnaf ke Kampung Laloh, Kampung Manek Urai, Kampung Lata Rek,  Kampung Jelkis, Kampung Chatel dan Kampung Lata Tual. Seramai 10 keluarga asnaf telah diziarahi.

Bantuan berupa bekalan makanan asas dan wang tunai sumbangan daripada CIMB Islamic telah diserahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Manek Urai,  Yang Berhormat  Haji Mohd Fauzi Abdullah.

Turut hadir Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang dan Penghulu Mukim Lata Rek, Kamaruzaman Jaafar.

Selesai jelajah asnaf di Kuala Krai,  rombongan YADIM Kelantan bertolak ke Kampung Dewan Beta dan Kampung Masar di Kota Bharu bagi menziarahi lima keluarga asnaf di kampung tersebut.

Sumbangan barangan dan wang tunai di sini telah disampaikan oleh Ustaz Haji Mahadi.  Turut hadir ialah  penghulu Mukim Dewan Beta, Mohamad Nor Mustapha.

Program ini juga adalah sebahagian pengisian Ihya Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360). Badan dakwah ini dan CIMB Islamic Bank Berhad kini sedang dalam gerak kerja menyantuni asnaf yang memerlukan di seluruh negara menerusi program Bantuan Ramadan/Aidilfitri.

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *