Home » YADIM MADANI » Aspirasi Belia MADANI: Lahirkan Belia Jati Diri Tinggi Serta Berakhlak Mulia

Aspirasi Belia MADANI: Lahirkan Belia Jati Diri Tinggi Serta Berakhlak Mulia

BESUT – Inisiatif terbaharu memperkukuh sahsiah golongan belia di Terengganu telah berlangsung melalui penganjuran Program Aspirasi Belia MADANI pada 6 Mei.

YADIM Negeri Terenganu telah terlibat sama dalam program pada 6 Mei di Pusat Latihan Kenegaraan, Akademi Kenegaraan Malaysia, Besut ini yang bertujuan melahirkan generasi belia yang mempunyai jati diri yang tinggi serta berakhlak mulia.

Antara pengisian utama program tersebut ialah slot Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Mudir Pondok Jami’ah Diniyyah, Bukit Puteri merangkap Ahli Zamalah YADIM Negeri Terengganu Tuan Guru Haji Abdul Aziz Dato’ Tuan Guru Haji Abas, dalam kuliah bertajuk “Adab Berbeza Pandangan Dalam Islam”.

Perkongsian ini menjadi platform penting bagi YADIM untuk menerapkan nilai kesederhanaan, perpaduan, dan keharmonian dalam kalangan belia.

Melalui pengisian tersebut, para peserta diharapkan dapat menghayati adab berinteraksi bagi membentuk masyarakat yang lebih matang serta harmoni dalam mendepani cabaran semasa.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *