Home » YADIM MADANI » Aspirasi Malaysia MADANI Dalam Dakwah Dan Pendidikan

Aspirasi Malaysia MADANI Dalam Dakwah Dan Pendidikan

BANDAR TUN RAZAK – Dalam memperkasakan agenda pembangunan ummah dan pembinaan generasi berakhlak mulia, YADIM Negeri Pahang terus komited melaksanakan pelbagai inisiatif dakwah dan pendidikan yang berteraskan nilai-nilai Islam serta aspirasi Malaysia MADANI.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, Program YADIM Sejahtera: Ceramah “Adab Dulu, Baru Ilmu” telah dianjurkan pada 15 Mei bertempat di Dewan Terbuka Sekolah Menengah Agama Al Hasanah, Bandar Tun Razak dengan penglibatan para pelajar sekolah berkenaan.

Penganjuran program ini bertujuan menyemai kesedaran dalam kalangan pelajar mengenai kepentingan adab dalam kehidupan dan proses pembelajaran, di samping memperkukuh pembentukan sahsiah, akhlak serta jati diri agar lahir generasi yang berilmu, berdisiplin, berintegriti dan mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadap guru, ibu bapa serta masyarakat.

Ceramah telah disampaikan oleh Ahli Zamalah YADIM Negeri Pahang, Ustaz Mazlan Mohamad Yasin, , yang menghuraikan kepentingan adab sebagai teras utama dalam proses menuntut ilmu.

Pengisian ceramah menekankan bahawa keberkatan dan keberhasilan ilmu amat bergantung kepada pembentukan akhlak, penghormatan terhadap guru serta pemupukan nilai disiplin dalam diri pelajar. Turut hadir ialah beberapa pegawai daripada YADIM Negeri Pahang bagi bersama-sama menjayakan program tersebut.

Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, program seumpama ini diharap dapat melahirkan generasi muda yang seimbang dari aspek intelektual, rohani dan sahsiah, seterusnya menjadi modal insan berkualiti serta pewaris kepimpinan negara yang berteraskan nilai-nilai murni, integriti dan semangat kecemerlangan.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *