Retreat MAIM, NUIM dan MAWIM bersama pengurusan tertinggi YADIM

BADAN Bukan Kerajaan (NGO) mempunyai kekuatan yang tidak dinafikan mampu mempengaruhi banyak pihak di negara ini. Melalui gerak kerja mereka ia mampu menentukan halatuju banyak pihak termasuk kerajaan. Selaku penyelaras kepada gerak kerja NGO Islam di negara ini, YADIM menerusi entiti bersamanya iaitu Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM), Nadwah Ulama dan Ilmuan YADIM (NUIM) dan […]

YADIM GERAKKAN EJEN DAKWAH BERI PENCERAHAN AJARAN AHMADI.

  YADIM memandang berat berkaitan penularan video melalui platfom Tik Tok dengan nama akaun Ahmadi : Agama Keamanan dan Cahaya yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penerangan mereka dan mempunyai lebih 30,000 pengikut dan video ditonton oleh ribuan pengguna media sosial tersebut. Umat Islam di Malaysia dinasihati tidak mudah terpengaruh dengan ajaran Ahmadi ini yang […]

‘Tindakan JAWI tangkap dua selebriti didakwa berkhalwat bukan gimik promosi drama’

KUALA LUMPUR: Tindakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menahan dua selebriti yang didakwa berkhalwat bukan satu gimik untuk meraih publisiti. Sebaliknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata ia dibuat selepas pihak penguat kuasa agama menerima aduan daripada pihak ketiga. Beliau berkata, JAWI sama sekali tidak akan […]

Jadikan awal Ramadan untuk bermunajat, tingkat amal – Anwar

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua pihak agar menjadikan awal Ramadan kesempatan untuk bermunajat dan meningkatkan amal serta tercapai darjat takwa selain berusaha bersungguh-sungguh bagi menggapai nikmat madrasah Ramadan. Menerusi catatan di laman Facebook, Anwar yang kini dalam rangka lawatan rasmi enam hari ke Jerman berkata umat Islam di Berlin sudah […]

Hentikan usaha promosi LGBT – Mohd Na’im

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Nai’im Mokhtar mengingatkan pihak tertentu supaya menghentikan usaha mempromosikan budaya  lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Katanya, budaya berkenaan bukan sahaja bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan malah bercanggah dengan budaya di Malaysia. “Daripada sudut pendirian dan pandangan kerajaan jelas di bawah Perlembagaan Persekutuan […]

Umat Islam puasa mulai Selasa ini

SHAH ALAM – Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Selasa (12 Mac 2024), demikian menurut Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad. Ketika mengumumkannya, beliau berkata, tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari tersebut bagi menurut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang […]

Generasi muda tak amal ajaran Islam kerana keliru dengan ideologi asing – Anwar

Kuala Lumpur: Kajian daripada pihak kerajaan mendapati generasi muda cenderung tidak mengamalkan ajaran Islam secara menyeluruh kerana pelbagai faktor antaranya keliru dengan ideologi asing yang dibawa melalui pelbagai medium. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain itu, kurangnya kefahaman agama kerana tidak mengikuti pendidikan Islam di peringkat kanak-kanak juga salah satu sebab golongan muda […]

MAIWP terima pelantikan Ahli MAIWP 2024-2026

MAJLIS Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerima pelantikan Ahli MAIWP yang baharu bagi menggantikan Ahli MAIWP yang telah tamat tempoh perkhidmatan. Pelantikan Ahli MAIWP gabungan tokoh, korporat dan teknokrat itu dibuat selepas mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Sultan Ibrahim bagi tempoh 2024 hingga 2026. Majlis Penyerahan Surat […]

Cium hajar aswad: pempengaruh media sosial perlu elak datangkan fitnah demi populariti

KUALA LUMPUR: Amalan mencium Hajarul Aswad adalah sunat dan ia tidak dituntut sekiranya perlu berasak-asak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata perbuatan itu juga tidak dituntut jika membahayakan diri sendiri dan orang lain. “Amalan ibadat sepatutnya dilakukan dengan fokus demi mencari reda Allah dan didasarkan ilmu. “Kepada […]

Pempengaruh dinasihati ajak masyarakat ke arah kebaikan khususnya agama – Mohd Na’im

KUALA LUMPUR: Personaliti media sosial dinasihatkan untuk menggunakan pengaruh mereka ke aras kebaikan dan mengelakkan tindakan yang boleh membawa prejudis, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. Beliau berkata demikian susulan tular video seorang pempengaruh dan usahawan terkenal yang sedang menjalankan ibadah umrah mengundang perhatian, apabila berlaku pergelutan […]