Bulan Dakwah 2.0 YADIM Kedah : 20 pelajar kurang berkemampuan disantuni

KUBANG PASU – Seramai 20 pelajar yang kurang berkemampuan di daerah ini menerima sumbangan daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 16 Oktober. Sumbangan berupa pek makanan diberikan kepada pelajar dikenalpasti memerlukan di sebuah sekolah rendah dan dua sekolah menengah. Sebanyak tujuh pek disampaikan kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jitra 2, Abdul Rashid Mohd. […]
Nanti datang lagi ya…

“Seronok lihat anak anak muda terlibat dengan program program pemahaman Islam. “Semua merasa sedikit sebanyak (manfaat). “Nanti datanglah lagi ya, boleh kita buat dengan lagi ramai anak buah. Terima kasih semua yang datang hari ini… Kata kata Tok Batin Mohd Pok Koh itu diucapkannya sebelum kami bergerak meninggalkan Kampung Orang Asli Kampung Kuala Koh di […]
Masjid Kampung Laut dicalon warisan dunia

TUMPAT – Masjid Kampung Laut berusia lebih 300 tahun dan pembangunan Kampung Laut sebagai kampung warisan dekat sini, dicalonkan sebagai objek dan tapak warisan kebangsaan. Ia seterusnya bakal diiktiraf sebagai tapak warisan dunia di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO). Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) berkata, pencalonan […]
Kempen Kenali Rasullullah SAW 2021

KUALA LUMPUR – Kempen Kenali Rasullullah SAW 2021 dilancarkan di Masjid Negara pada 15 Oktober. Ia merupakan anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAWIP), Gabungan Dakwah Malaysia (GDM), dan Masjid Negara. Program ini memfokuskan dakwah untuk memperkenalkan Rasulullah SAW kepada masyarakat khasnya golongan bukan Islam dalam negara. Menerusi program […]
Kongsi Rezeki di Kampung Medan

KUALA LANGAT – Setiap Jumaat, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kuala Langat tidak lupa mengadakan program Kongsi Rezeki mereka. Terbaharu pada 15 Oktober, 15 keluarga anak yatim di Kampung Medan di sini menerima sumbangan makanan bermasak daripada SAY Kuala Langat. Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin dan ahli jawatankuasanya. SAY Kuala […]
Cadangan wajib sesi kaunseling babit pindaan akta, persetujuan negeri

KUALA LUMPUR – Beberapa penambahbaikan termasuk pindaan ke atas Akta/Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam, perlu dilakukan sekiranya cadangan mewajibkan sesi kaunseling terhadap setiap pasangan yang hendak memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah dilaksanakan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary, berkata cadangan itu juga harus dibincangkan dan mendapat persetujuan negeri, […]
35 OKP Baling disantuni YADIM Kedah

BALING – Semua orang layak mendapat peluang kedua, dalam apa jua perkara. Begitu juga dengan Orang Kena Pengawasan (OKP) oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Tidak seharusnya mereka dipinggirkan hanya kerana kisah silam. Golongan ini juga terkesan dengan penularan Covid-19. Justeru pada 15 Oktober, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah bersama AADK Negeri Kedah dan […]
SAY Kuala Selangor santuni keluarga kuarantin akibat Covid-19

KUALA SELANGOR – Ancaman Covid-19 terus wujud dan hingga kini masih ramai yang terkesan dengannya. Begitu juga keadaannya di daerah ini, orang ramai masih berwaspada kerana bahaya jangkitan masih wujud. Cakna dengan keadaan ini, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kuala Selangor baru baru ini menyantuni tiga keluarga di kawasan ini yang dikuarantin akibat Covid-19. […]
RM5 juta buat Palestin bina semula Klinik Al-Remal

PUTRAJAYA – Malaysia menyumbang RM5 juta kepada Palestin untuk membantu usaha membina semula Klinik Al-Remal yang menempatkan satu-satunya makmal ujian Covid-19 di Gaza yang mengalami kerosakan akibat serangan udara Israel pada Mei. Pertukaran Nota (EoN) mengenai sumbangan itu dimeterai Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali di Kementerian Luar […]
Taklimat Khas Kementerian Luar berkenaan Afghanistan

BANDAR BARU BANGI – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 13 Oktober telah dijemput untuk menghadiri Menghadiri Taklimat Khas Kementerian Luar berkenaan Afghanistan di Anjung Rahmat Pusat Dakwah dan Tarbiah Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di sini. Ia disampaikan oleh Penasihat Hal Ehwal Afghanistan kepada Menteri Luar Negeri, Dato’ Haji Mohd Azam Abd Rahman Dalam […]