Kunjung hormat YADIM Negeri Johor kepada APM Negeri Johor

LENSA Kunjung hormat YADIM Negeri Johor kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Johor di Pejabat APM Negeri Johor, Johor Bahru pada 4 Mac. YADIM Johor telah mengambil peluang untuk mengadakan perbincangan mengenai kerjasama menjayakan Program Sehari Bersama Komuniti (SEBATI) Madani dan Bicara Dakwah Madani untuk Ramadan ini selain menganjurkan Kursus Bimbingan Kerohanian untuk pegawai […]

Almarhumah Puan Hajah Azizah binti Haji Pin ahli SAY Batu Kurau meninggal dunia

SUKARELAWAN YADIM (SAY) hari ini (3 Mac) menerima khabar duka apabila salah seorang ahli terawal pasukan itu menghembuskan nafas terakhirnya. Almarhumah Puan Hajah Azizah binti Haji Pin merupakan salah seorang ahli SAY Batu Kurau, Perak dan mantan ahli jawatankuasa pertama untuk Batu Kurau. Berusia 83 tahun ketika meninggal Dunia, beliau merupakan ahli SAY yang cukup […]

Program Ihya Ramadan bersama PERTIS

YADIM Johor turut tidak ketinggalan mengadakan program sempena ketibaan Ramadan. Bersama Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) cawangan Johor, mereka mengadakan program Ihya Ramadan disertai 30 ahli persatuan tersebut pada 2 Mac. Majlis di Pusat Aktiviti PERTIS , Kempas Johor Bahru itu dimulakan dengan tahlil ringkas disusuli ceramah Ihya Ramadan oleh Imam Masjid Negara, […]

Konvensyen Madani Rakan Siswa Yadim 2024 di Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur

TIGA Hari bersidang menyaksikan lebih 200 barisan pimpinan Rakan Siswa YADIM (RSY) dari seluruh negara pulang membawa ilmu, pengalaman dan azam baharu untuk dipraktikkan di institusi masing-masing. Konvensyen Madani Rakan Siswa Yadim 2024 di Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur itu memberi pelbagai pengisian untuk barisan pimpinan yang hadir seperti kerja berpasukan, kepimpinan, komunikasi silang budaya […]

Seminar Perlindungan Mualaf Melalui Pendekatan Perundangan

YADIM telah menyertai Seminar Perlindungan Mualaf Melalui Pendekatan Perundangan pada 2 hingga 3 Mac. Seminar di Kuala Lumpur ini disertai seramai 80 wakil-wakil Jabatan Agama Islam negeri, rakan badan bukan kerajaan Islam serta para pensyarah institusi pengajian tinggi. Pengisian program telah disampaikan oleh pakar-pakar perlembagaan dan peguam-peguam syariah. Antara yang disentuh ialah isu hak, cabaran […]

Pertemuan bersama Education Malaysia Egypt (EME) dan Pegawai Atase Pendidikan Negeri

LAWATAN Kerja YADIM ke Mesir menyaksikan agenda pemerkasaan dakwah menerusi pendidikan kekal diutamakan. Pada 29 Februari Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus telah mengadakan pertemuan bersama Education Malaysia Egypt (EME) dan Pegawai Atase Pendidikan Negeri dalam rangka memperkukuh jalinan kerjasama dengan badan dakwah ini. Mereka mewakili negeri Negeri Sembilan, Perak, Johor , Pahang dan […]

Konvensyen Madani Rakan Siswa YADIM 2024

PENGISIAN Untuk para peserta Konvensyen Madani Rakan Siswa YADIM 2024 diteruskan dengan perkongsian ilmiah bertajuk ‘Kepimpinan Muda Memacu Perubahan’ yang disampaikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Tuan Muhammad Faisal Abdul Aziz. Pengisian pada hari kedua konvensyen dalam sesi ‘BOD (Build Our Dream) – Student Leaders Great Again’ ini bertujuan mencungkil bakat dan kemahiran merancang […]

YDP merasmikan Kejohanan Sukan SMASH di Mesir

GOLONGAN Belia sudah pasti tidak dapat dipisahkan dengan sukan. Sesuai dengan itu, dalam lawatan kerja ke Mesir ketika ini, Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus telah merasmikan Kejohanan Sukan SMASH anjuran oleh Persatuan Anak Negeri Johor di Mesir. Sebanyak 20 pasukan beregu berentap dalam pertandingan badminton ini. Progrma berlangsung di Kompleks Sukan Wafa El […]

Kem Kenegaraan Madani mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)

KEM Kenegaraan Madani melibatkan mahasiswa mahasiswi Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) pada 1-2 Mac telah dihadiri seramai 68 orang penuntut universiti berkenaan. Dianjurkan oleh YADIM Negeri Selangor dengan kerjasama Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Sosial UIAM, ia bertujuan menajamkan lagi kefahaman Aspirasi Malaysia Madani dalam kalangan mahasiswa. Program yang dijalankan di Institut Latihan Dakwah YADIM ini […]

Forum Tokoh Siswa dengan tema ‘Gelombang Perubahan Siswa Era Malaysia Madani’

SESI Forum Tokoh Siswa dengan tema ‘Gelombang Perubahan Siswa Era Malaysia Madani’ telah menampilkan barisan panelis berkaliber dalam Konvensyen Madani Rakan Siswa YADIM 2024 pada 2 Mac. Panel pertama merupakan Setiausaha Politik kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan, Tuan Muhammad Kamil Abdul Mun’im, manakala barisan panel kedua dan ketiga pula adalah Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, […]