Lemah tafsir Islam sempitkan agama, lahir ilmuwan palsu lagi keliru

Sekitar majlis penutup Muzakarah Ulama-umara Festival Turath Islami Selangor di Hotel Concorde Shah Alam pada 25 Mei 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

SHAH ALAM, 25 MEI: Kelemahan umat Islam dalam memahami dan mentafsir Islam mengakibatkan amalan beragama menjadi sempit, kata Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari. Katanya, kekeliruan dalam aspek kehidupan berleluasa termasuk penekanan terhadap hukum-hakam secara tidak adil dan kecenderungan berdebat isu yang tidak membangunkan pengetahuan. Beliau percaya masalah yang dialami umat Islam masa kini […]

3,533 jemaah sudah berlepas ke Tanah Suci

SEBAHAGIAN bakal jemaah haji melaporkan diri di Kompleks Haji Sepang, Selangor. – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA

SEPANG: Seramai 3,533 orang bakal jemaah haji negara ini sudah berlepas ke kota suci Madinah melalui 12 penerbangan sewa khas diuruskan pihak Lembaga Tabung Haji. Pengarah Operasi Stesen Berlepas Sepang, Khairul Azihar Rapar berkata, jumlah yang direkodkan setakat semalam itu sejak penerbangan pertama KT01 pada Ahad lalu sehingga KT12 yang bertolak malam tadi. Hari ini, […]

Kandungan Lucah: KKD cadang dialog bersama penyedia platform media sosial

Foto Kashoorga

Kulai: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bercadang mengadakan sesi dialog bersama penyedia platform media sosial bagi membincangkan peruntukan undang-undang mengenai perkongsian kandungan berunsur lucah di negara ini. Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata, langkah itu bagi memastikan pihak penyedia platform termasuk Telegram, WhatsApp dan Facebook faham serta jelas bahawa perbuatan itu dilarang […]

Wanita Muat Naik Gambar Tatu Kalimah Allah Ditahan

Foto Berita Harian

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang wanita tempatan berusia 46 tahun di Gombak semalam kerana disyaki memuat naik kandungan yang menyentuh sensitiviti agama dan perkauman di media sosial Facebooknya. Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata wanita yang dipercayai pemilik akaun Facebook @Bunga Matahari itu dipercayai telah memuat naik gambar kalimah Allah yang ditatu […]

Kunjung hormat ke JHEAINS

JABATAN Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) telah melaksanakan banyak perubahan positif dalam pendekatan dakwahnya berbanding sebelum ini. Umpamanya, daripada seminar dan kelas, kini tumpuan diberikan kepada program lapangan seperti kunjungan ke rumah rumah. Ia bersesuaian dengan inisiatif melestari gerakan dakwah YADIM yang mahu memberi tumpuan kepada masyarakat di lapangan. Maka dengan itu, kedua […]

Ulama Besar Habib Umar Bin Hafidz Selamat Tiba di Malaysia

Sumber Gambar: Muwasolah Baina Ulama Muslimin Malaysia

KUALA LUMPUR: Tokoh ulama besar dunia Islam, Al Alamah Habib Umar bin Muhammad bin Salim Ben Hafidz selamat tiba di Malaysia, pagi tadi. Habib Umar yang juga Pengasas serta Pengetua Dar Al Mustofa di Tarim, Yaman, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 7 pagi tadi. Habib Umar serta Mantan Mufti Agung […]

Dua Ulama Besar Dunia Tampil dalam Majlis Ilmu Madani

Poster program Majlis Ilmu Madani bersama dua ulama' besar - Foto JPM

KUALA LUMPUR:  Majlis Ilmu MADANI Bersama Perdana Menteri yang akan diadakan Jumaat ini akan menampilkan dua tokoh ulama besar dunia Islam. Dua ulama itu ialah Mantan Mufti Agung Mesir, Al Alamah Syeikh Prof. Dr. Ali Jumuah Al Azhari serta Pengasas dan Pengetua Dar Al Mustofa di Tarim, Yaman, Al Alamah Habib Umar bin Muhammad bin Salim […]

Larangan terbit al-Quran dalam tulisan rumi kekal – KDN

Al-Quran mestilah menggunakan teks asal iaitu dalam bahasa Arab sahaja di negara ini (dan) ini jelas. - Foto Ikram

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan membenarkan sama sekali naskhah al-Quran diterbitkan dalam tulisan rumi. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata, pendirian itu selaras peruntukan undang-undang di bawah Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 (Akta 326). “Akta ini tidak membenarkannya, kerana al-Quran mestilah menggunakan teks asal iaitu dalam bahasa […]

Program bersama Orang Asli antara keutamaan YADIM Johor

JOHOR BAHRU – Program bersama komuniti Orang Asli akan menjadi antara keutamaan YADIM Johor tahun ini. Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus berkata, antara yang dirancang ialah seminar Orang Asli, program kebajikan dan sebagainya. “Saya percaya rakan rakan strategik YADIM mempunyai program tanggungjawab sosial mereka sendiri, tetapi apa salahnya badan badan korporat ini bergabung […]

Jemaah haji perlu waspada gejala strok haba

KOS tunaikan haji meningkat kepada RM28,632 setiap jemaah. - FOTO UTUSAN

BERITA SEMASA 22 MEI 2023 Keadaan cuaca yang panas di Arab Saudi yang mencecah 49 darjah Celsius setiap hari boleh menyebabkan jemaah haji mengalami strok haba, lapor wartawan Sinar Harian diri Tanah Suci Makkah, Badruldin Zakaria. Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Dr Asraf Ahmad Qamruddin berkata, cuaca panas dan kering boleh menyebabkan kenaikan suhu dan kehilangan […]