MAIWP naik kadar bantuan barangan keperluan asas RM300 sebulan

PUTRAJAYA: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menaikkan kadar bantuan barangan keperluan asasi kepada golongan asnaf daripada RM150 kepada RM300 sebulan bermula tahun ini. Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd. Nizam Yahya berkata, bantuan kewangan dalam bentuk dompet elektronik (e-wallet) itu akan memanfaatkan lebih 30,000 asnaf di Wilayah Persekutuan. Beliau berkata, pihaknya memperuntukkan RM108 juta […]

Penerbit Mentega Terbang didakwa di mahkamah pada Rabu

PETALING JAYA: Penerbit Mentega Terbang, iaitu filem indie yang dilarang tayang oleh kerajaan, akan berdepan pertuduhan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Rabu ini kerana ‘melukakan perasaan agama orang lain.’ Tan Meng Kheng menerima saman bertarikh hari ini untuk menjawab pertuduhan bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan. Bulan lalu, Meng Kheng dan pengarah, Khairi Anwar Jailani, […]

Haji 2024: Semua 25 syarikat PJH sedia pakej Rahmah bawah RM50,000

KUALA LUMPUR: Semua 25 syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) bersetuju untuk meneruskan tawaran Pakej Rahmah dengan harga bawah RM50,000 bagi musim haji tahun ini. Pengarah Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata semua PJH yang dilesenkan memberi jaminan bahawa mereka menyahut seruan kerajaan untuk menyediakan pakej terbabit kepada […]

Surat tawaran haji akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat – TH

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan surat tawaran menunaikan ibadat haji bagi musim 1445/2024 sedang dalam proses penilaian terakhir dan akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat. Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata pengumuman mengenainya akan dibuat sedikit masa lagi. “Surat tawaran haji (akan dikeluarkan) dalam masa yang amat terdekat, […]

YADIM Johor telah turun padang menyantuni mangsa banjir dengan kerjasama Pejabat Daerah Johor Bahru dan PUSPANITA

DENGAN Kerjasama Pejabat Daerah Johor Bahru dan PUSPANITA Daerah Johor Bahru, YADIM Johor pada 13 Januari telah turun padang menyantuni mangsa banjir di sekitar kawasan berkenaan. Turun padang menyampaikan sumbangan kepada 200 keluarga yang disantuni ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dr Zulkifli Hasan. Penduduk yang disantuni ialah […]

Sukarelawan YADIM Jerangau menyantuni mangsa banjir di Kampung Jerangau Sungai

CUACA Baik di Terengganu dimanfaatkan oleh Sukarelawan YADIM untuk program pasca banjir menyantuni mereka yang memerlukan. Pada 12 Januari Sukarelawan YADIM Jerangau menyantuni 10 keluarga miskin mangsa banjir di Kampung Jerangau Sungai, Hulu Dungun. Mereka yang disantuni merupakan warga emas yang mempunyai masalah kesihatan selain hidup serba daif. Malah ada di kalangan mereka tidak mempunyai […]

Islam di Perlis hendaklah utamakan pendekatan harmoni – Raja Muda Perlis

ARAU: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa pelaksanaan amalan agama di negeri ini dengan pendekatan memudahkan bukan menyulitkan selagi tidak bertentangan dengan syariat dan kemaslahatan awam. Titah baginda, amalan berkenaan termasuk di masjid sehingga kepada perkahwinan, zakat, wakaf dan segalanya berkaitan amalan Islam. “Penyampaian Islam kepada mereka yang bukan Muslim di […]

Tiada larangan Muslim selit ayat al-Quran, hadis dalam ucapan

GEORGE TOWN: Tiada larangan di sisi hukum syarak untuk seseorang Muslim menyelit ayat al-Quran atau hadis Nabi di dalam ucapan atau pidato. Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, malah memang wajar bagi seorang pemimpin Muslim berbuat demikian kerana kalam Ilahi dan Rasul merupakan dalil yang utama untuk dijadikan hujah […]

Masjid, surau kariah Johor boleh guna wang tabung naikkan elaun imam, bilal dan noja – EXCO

BATU PAHAT: Pihak pengurusan masjid atau surau kariah di negeri ini dibenar menggunakan wang tabung untuk menaikkan elaun imam, bilal dan noja tanpa perlu mendapatkan kebenaran Majlis Agama Islam Johor (MAIJ). EXCO Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata ia memandangkan kerajaan negeri berdepan kekangan kewangan untuk menaikkan elaun petugas terbabit. “Untuk […]

Pelaksanaan skim upah penjawat awam disegerakan – Perdana Menteri

PUTRAJAYA: Kerajaan akan menyegerakan pelaksanaan skim upah yang lebih adil dan munasabah kepada penjawat awam, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak dapat menyegerakan pelaksanaannya tahun lalu kerana kedudukan kewangan negara selain mewarisi hutang yang tinggi. “Kita memutuskan untuk menyegerakan pelaksanaan skim upah yang lebih adil dan munasabah kepada penjawat awam dan […]