YADIM Johor telah turun padang menyantuni mangsa banjir dengan kerjasama Pejabat Daerah Johor Bahru dan PUSPANITA

DENGAN Kerjasama Pejabat Daerah Johor Bahru dan PUSPANITA Daerah Johor Bahru, YADIM Johor pada 13 Januari telah turun padang menyantuni mangsa banjir di sekitar kawasan berkenaan. Turun padang menyampaikan sumbangan kepada 200 keluarga yang disantuni ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dr Zulkifli Hasan. Penduduk yang disantuni ialah […]

Sukarelawan YADIM Jerangau menyantuni mangsa banjir di Kampung Jerangau Sungai

CUACA Baik di Terengganu dimanfaatkan oleh Sukarelawan YADIM untuk program pasca banjir menyantuni mereka yang memerlukan. Pada 12 Januari Sukarelawan YADIM Jerangau menyantuni 10 keluarga miskin mangsa banjir di Kampung Jerangau Sungai, Hulu Dungun. Mereka yang disantuni merupakan warga emas yang mempunyai masalah kesihatan selain hidup serba daif. Malah ada di kalangan mereka tidak mempunyai […]

Islam di Perlis hendaklah utamakan pendekatan harmoni – Raja Muda Perlis

ARAU: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa pelaksanaan amalan agama di negeri ini dengan pendekatan memudahkan bukan menyulitkan selagi tidak bertentangan dengan syariat dan kemaslahatan awam. Titah baginda, amalan berkenaan termasuk di masjid sehingga kepada perkahwinan, zakat, wakaf dan segalanya berkaitan amalan Islam. “Penyampaian Islam kepada mereka yang bukan Muslim di […]

Tiada larangan Muslim selit ayat al-Quran, hadis dalam ucapan

GEORGE TOWN: Tiada larangan di sisi hukum syarak untuk seseorang Muslim menyelit ayat al-Quran atau hadis Nabi di dalam ucapan atau pidato. Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, malah memang wajar bagi seorang pemimpin Muslim berbuat demikian kerana kalam Ilahi dan Rasul merupakan dalil yang utama untuk dijadikan hujah […]

Masjid, surau kariah Johor boleh guna wang tabung naikkan elaun imam, bilal dan noja – EXCO

BATU PAHAT: Pihak pengurusan masjid atau surau kariah di negeri ini dibenar menggunakan wang tabung untuk menaikkan elaun imam, bilal dan noja tanpa perlu mendapatkan kebenaran Majlis Agama Islam Johor (MAIJ). EXCO Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata ia memandangkan kerajaan negeri berdepan kekangan kewangan untuk menaikkan elaun petugas terbabit. “Untuk […]

Pelaksanaan skim upah penjawat awam disegerakan – Perdana Menteri

PUTRAJAYA: Kerajaan akan menyegerakan pelaksanaan skim upah yang lebih adil dan munasabah kepada penjawat awam, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak dapat menyegerakan pelaksanaannya tahun lalu kerana kedudukan kewangan negara selain mewarisi hutang yang tinggi. “Kita memutuskan untuk menyegerakan pelaksanaan skim upah yang lebih adil dan munasabah kepada penjawat awam dan […]

Perlu ada panduan jelas hukum boikot produk berkaitan Israel

Kuala Lumpur: Satu garis panduan yang jelas perlu dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dan Jabatan Mufti bagi membantu golongan pendakwah dan agamawan agar selari dalam menentukan hukum membabitkan boikot produk berkaitan Israel. Pensyarah Fiqh Fatwa Kontemporari, Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia […]

Masjid kariah disaran lantik imam secara tetap, kontrak – Noh Gadut

KUALA LUMPUR: Masjid kariah berkapasiti besar dan mempunyai nilai sumbangan yang tinggi di Malaysia disaran mewujudkan jawatan imam secara tetap (tidak berpencen) atau kontrak bagi menyanjungi kedudukan golongan berkenaan dalam kalangan umat Islam. Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI), Datuk Dr Nooh Gadut, berkata sekiranya jawatan berkenaan dapat diwujudkan, ia […]

Hidupkan budaya politik wasatiy hapus pendekatan melampau

POLITIK menjadi komponen sangat signifikan dalam masyarakat. Wadah politik dinamik dan progresif mampu mencetus perubahan ke arah kebaikan dan kemajuan sesebuah negara. Dalam menuju ke arah Malaysia MADANI, seharusnya diakui banyak amalan politik lama perlu dinilai semula melihatkan perkembangan, trend dan realiti politik di negara ini. Perbezaan politik ekstrem mahupun cenderung melabelkan pihak lain dengan […]

Orang bukan Islam perlu henti campuri hal orang Islam

IPOH – Persatuan India Muslim Perak (PRIM) menggesa bukan muslim untuk berhenti masuk campur dalam hal ehwal agama Islam di negara ini. Pengerusinya, Mohamed Arib Aliah berkata, tindakan mencampuri urusan agama Islam oleh orang bukan Islam menyebabkan masyarakat berpecah belah. Katanya, rakyat Malaysia perlu terus mengamalkan sikap toleransi dan saling menghormati antara satu sama lain […]