Tahsin Ibadah : Solat Ketika Sakit di Pejabat Kesihatan Daerah Marang

SIRI Ketiga Tahsin Ibadah : Solat Ketika Sakit berlangsung di Pejabat Kesihatan Daerah Marang pada 10 Mac. Disertai seramai 50 kakitangan pejabat tersebut, ia menampilkan Ustaz Abdul Rashid Abdullah dan Ustaz Zuliadin Abdullah sebagai penceramah. Bertujuan memberi pencerahan dan tunjuk ajar bagaimana untuk beribadah ketika sedang sakit, para peserta didedahkan dengan pengisian secara teori dan […]

Program Jiwa Madani di Pejabat Penerangan Daerah Machang

YADIM Kelantan dan Jabatan Penerangan (Japen) terus merapatkan hubungan sebagai rakan strategik. Pada 10 Mac, keduanya bekerjasama dalam penganjuran Program Jiwa Madani di Pejabat Penerangan Daerah Machang. Siri ketiga program ini menyaksikan Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya, Tuan Nik Mohamad Anuar Badiruddeen ditampilkan sebagai penceramah jemputan program dengan tajuk ‘Penjelasan Isu Enakmen Kanun Jenazah […]

YADIM Interaktif : Majlis Ta’alim Al- Hadis ‘Syarah 40 Hadis Imam Al-Nawawi’

LENSA Sekitar program YADIM Interaktif : Majlis Ta’alim Al- Hadis ‘Syarah 40 Hadis Imam Al-Nawawi’ bertempat di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Kuala Berang, Hulu Terengganu. Program pada 10 Mac ini mensasarkan 35 orang ahli PAWE Hulu Terengganu yang menampilkan Zamalah YADIM Terengganu, Ustaz Ahmad Burhanuddin Abdul Rahman sebagai penceramah. Ucapan aluan telah disampaikan oleh […]

KPE menyampaikan slot mengenai kefahaman teras Malaysia Madani

KETUA Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin telah diundang menyampaikan slot mengenai kefahaman teras Malaysia Madani melibatkan pegawai-pegawai Jabatan Mufti Negeri Sembilan di Port Dickson pada 9 Mac. Pengisian bertajuk ‘Membangun Negara Madani Visi dan Kerangka Dasar Reformasi Menurut Perspektif Islami’ itu merupakan salah sebuah slot dalam Bengkel Perakuan Modul Latihan “Bina Diri Membangun […]

Program Back To School YADIM – SSM

MENJELANG Sesi persekolahan baharu yang bakal bermula, YADIM telah bekerjasama dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyantuni para pelajar yang memerlukan. Seramai 320 pelajar telah menerima sumbangan beg sekolah dalam Program Back To School YADIM – SSM pada 9 dan 10 Mac. Sumbangan ini adalah daripada dana Wakalah Zakat SSM dan diagihkan melalui YADIM dengan kerjasama […]

Program Ziarah Kasih Ambang Ramadan

SUKARELAWAN YADIM Sabak Bernam turut tidak ketinggalan menyantuni komuniti mereka sempena kedatangan Ramadan. Pada 9 Mac, mereka telah mengadakan program Ziarah Kasih Ambang Ramadan untuk enam keluarga yang memerlukan. Mereka yang disantuni merupakan keluarga asnaf dan pesakit kronik di Sungai Besar, Sungai Haji Dorani dan Sungai Panjang. Kesemua menerima sumbangan barangan dapur dan lampin pakai […]

Pembinaan Kompleks Pusat Pengajian Islam Tok Kenali di Kubang Kerian, Kelantan

YADIM Telah dijemput untuk sama-sama menjayakan pembinaan Kompleks Pusat Pengajian Islam Tok Kenali di Kubang Kerian, Kelantan. Untuk tujuan itu, Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang pada 9 Mac telah memenuhi menghadiri Majlis Jamuan Makan Sambil Menderma Pondok Tok Kenali di Dataran Pondok Tok Kenali. Turut sama hadir menjayakan program ini ialah wakil-wakil pondok […]

Forum: ‘Peranan Wanita Dalam Memperkasakan Masyarakat Madani’.

YADIM Pulau Pinang dengan kerjasama Persatuan Perkumpulan Wanita Cawangan Seri Tunku Kudin dan Gerakan Pengguna Siswa pada 9 Mac telah menganjurkan forum bertajuk ‘Peranan Wanita Dalam Memperkasakan Masyarakat Madani’. Berlangsung di Dewan Persidangan Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang, ia dihadiri seramai 120 peserta terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Program ini menampilkan Pensyarah Kanan Universiti […]

Majlis Tadarus & Khatam Al-Quran Kali Ke-10 Pertubuhan Sahabat Al-Quran Negeri Johor

LEBIH 1,500 peserta memenuhi Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid, Skudai dalam Majlis Tadarus & Khatam Al-Quran Kali Ke-10 Pertubuhan Sahabat Al-Quran Negeri Johor. Anjuran YADIM Johor, Pertubuhan Sahabat Al-Quran Negeri Johor dan Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid, ia melibatkan peserta terdiri daripada rombongan negeri Terengganu, Perak, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan tuan […]

Dialog Pendidikan Bermakna: Isu-isu Pendidikan & Malaysia Madani

PENDIDIKAN Dan anak muda. Dua teras yang sentiasa menjadi fokus YADIM dalam melestari gerakan dakwah di negara ini. Bagi mencapai tujuan itu, YADIM Sabah pada 9 Mac menganjurkan program Dialog Pendidikan Bermakna: Isu-isu Pendidikan & Malaysia Madani. Bertempat di Pejabat Connecting Dots Learning (CDL), Sembulan, program dengan anjuran bersama Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) […]