Home » Citra Yadim » “Ayah ibu tolong tolong, halalkan makan makan minum”

“Ayah ibu tolong tolong, halalkan makan makan minum”

YAN – “Ayah ibu tolong tolong, halalkan makan minum,”…. Hanya itu suara anak yang kedengaran dalam panggilan telefon kepada Haji Yusof Ali pada kejadian kepala air yang mengakibatkan kemusnahan yang bukan sedikit di daerah ini.

Haji Yusof, pemilik Chalet Salak Denai di sini yang ketika itu berada di kawasan lain menyerahkan sepenuhnya kepada Allah untuk menyelamatkan keluarganya dan beliau pasrah dengan apa yang berlaku.

Beliau bersyukur, anak perempuan serta empat cucunya berusia 2 hingga 10 tahun ketika itu, yang berada di chalet,  terselamat dalam kejadian bencana alam itu.

Bagaimanapun, Ayah Haji Yusof, yang merupakan mantan imam di sini, hilang pada kejadian itu sebelum kemudiannya disahkan sebagai antara yang terkorban.

Enam bangunan chalet miliknya yang terletak bersebelahan sebuah sungai sebelum kejadian kini hanya tinggal sisa dan keadaannya kini umpama padang jarak padang terkukur.

Kerugian dianggarkan mencecah ratusan ribuan ringgit akibat kejadian yang disifatkannya berlaku dalam sekelip mata.

YADIM Kedah sebelum ini telah menziarahi Haji Yusof selepas kejadian itu bersama rakan strategiknya, Faizin Care dan memberikan sedikit sumbangan kewangan.

 

Pada 31 Ogos pula, YADIM memberi sedikit sumbangan barangan keperluan harian kepada Haji Yusof yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif badan dakwah ini, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.  

 

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *