Home » Persuasif » Bagaikan Aur Dengan Tebing

Bagaikan Aur Dengan Tebing

SETIAP manusia yang bergaul dengan satu golongan mestilah ada caranya tertentu dan ada berbagai-bagai bentuk. Ini termasuklah daripada segi hubungan persahabatan, hubungan persaudaraan, hubungan rakan pergaulan dan lebih utama ialah hubungan dengan jiran tetangga. Hubungan ini tidak kira dalam bentuk apa sekalipun sama ada memberi bantuan, kerjasama dan sebagainya tetapi khusus kepada perkara-perkara kebaikan sahaja. Firman Allah yang bermaksud:

“Dan hendaklah kamu tolong menolong dalam perkara-perkara kebaikan dan ketaqwaan dan janganlah kamu tolong menolong dalam perkara-perkara kejahatan dan permusuhan.’’ (al-Maidah: 2)

Dalam ayat al-Quran di atas jelas kepada kita bahawa kerjasama antara jiran itu amat penting untuk melahirkan suatu masyarakat yang harmoni dan bersatu-padu. Begitu juga antara jiran tetangga hendaklah saling hormat menghormati. Islam telah menetapkan beberapa hak bagi umat Islam terhadap jirannya antara lain ialah:

  1. Sentiasa memberi salam kepadanya apabila bertemu
  2. Jangan terlampau banyak bertanyakan hal ehwalnya.
  3. Selalu menziarahnya terutama ketika sakit.
  4. Memaafkan segala kesalahan dan kesilapannya.
  5. Hendaklah menutup segala keaiban dan kecelakaan daripada diketahui oleh orang ramai.

Kalau kita lihat pada zaman Rasulullah SAW kerjasama di antara jiran khususnya dan antara umat Islam amnya sangat erat hinggakan mereka sanggup menyerahkan segala harta kekayaan mereka untuk jihad di jalan Allah dan membentuk sebuah masyarakat Islam yang benar-benar bersatu-padu, misalnya, Othman bin Affan dan Abdul Rahman Auf, mereka sanggup membelanjakan harta kekayaan yang banyak untuk berjihad di jalan Allah dan menolong saudara mereka yang memerlukan pertolongan.

Berdasarkan itu, generasi hari ini perlu menerapkan konsep `bagai aur dengan tebing’dalam kehidupan seharian. Ternyata peribahasa ini mempunyai kesan yang positif kepada generasi belia sebagai pemimpin pada masa akan datang.

DIPETIK daripada kertas kerja bertajuk `Unsur Dakwah Dalam Pantun dan Peribahasa Melayu: Sumbangannya Ke Arah Melahirkan Belia Berintegriti’ yang ditulis oleh Azman Yusof dan Anisah Bahyah Ahmad dalam prosiding Seminar Antarabangsa Dakwah dan Pembangunan Belia Islam terbitan YADIM.

Artikel Berkaitan

Arak: Kebebasan yang Meragut Nyawa

KEMALANGAN maut akibat pemandu mabuk bukan lagi isu terpencil di negara ini. Dari lebuh raya utama hingga jalan kampung, berita mengenai nyawa

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *