Home » Langit Terbuka » Baituljannah.com: Platform digital cari jodoh muslim terbesar di Asia Tenggara

Baituljannah.com: Platform digital cari jodoh muslim terbesar di Asia Tenggara

Laman pencarian jodoh Baituljannah ditubuhkan berlandaskan syariah Islam selain data individu yang berdaftar diyakini selamat dan dirahsiakan. - Foto Baituljannah

SHAH ALAM – Walaupun usianya baru menjangkau setahun, platform digital cari jodoh muslim, Baituljannah.com kini antara terbesar di Asia Tenggara dan mempunyai lebih 430,000 individu yang berdaftar dengan laman pencarian jodoh alam maya itu.

Bukan itu sahaja, berdasarkan rekod sebanyak 92.8 peratus yang berdaftar adalah daripada usia 25 tahun dan ke atas sejak dilancarkan pada Mac lalu.

Pengarah Urusannya, Dr. Wan Hasifi Amin Wan Zaidon berkata, setakat ini, lebih 430,000 individu yang berdaftar bukan sahaja dari Malaysia tetapi termasuk Brunei dan Singapura iaitu seramai 40,000.

Menceritakan lanjut, Wan Hasifi Amin berkata, laman pencarian jodoh itu diuruskan bersama kakaknya Wan Nuradila Huda dan sahabatnya, Muhammad Azrain Kamaruddin.

“Laman pencarian jodoh ini ditubuhkan berlandaskan syariah Islam selain data individu yang berdaftar diyakini selamat dan akan dirahsiakan. Hanya individu berusia 18 tahun ke atas sahaja boleh berdaftar dan semua perbualan dalam laman ini dipantau pihak pengurusan sepanjang 24 jam.

“Kita mempunyai tempoh perbualan dan apabila mencapai tahap yang ditetapkan, baharu mereka akan melalui proses taaruf dan bertukar nombor telefon bimbit atas persetujuan satu sama lain.

“Selain itu, kita juga tidak membenarkan perbualan yang berunsurkan lucah, ganas, menyinggung emosi dan menyentuh perasaan orang lain. Sekiranya berlaku, kita akan terus memadam komen-komen yang tidak sepatutnya dan membuat sekatan,” katanya kepada pemberita di sini baru- baru ini.

Mengulas lanjut, Wan Hasifi Amin berkata, dalam usaha meluaskan lagi penggunaan aplikasi itu, pihaknya menyasarkan untuk meluaskan pasaran Indonesia pada tahun hadapan.

“Buat masa ini, lebih 1,000 pasangan telah menemui jodoh mereka melalui aplikasi tersebut.

“Berdasarkan rekod, kita menjangkakan 9,000 lagi pasangan yang bakal menemui jodoh masing-masing, bagaimanapun ianya bergantung kepada individu terbabit.

“Kita menyasarkan jumlah pengguna akan meningkat kepada 500,000 orang sehingga hujung tahun ini. Buat masa ini, kita sedang menaik taraf sistem dengan menyediakan aplikasi telefon pintar. Bagi para pengguna Android, aplikasi versi beta sudah boleh dimuat turun melalui laman web Baituljannah.com dan menjangkakan kedua-dua aplikasi Android serta IOS bakal dilancarkan secara rasmi melalui Google Play dan Apple App Store pada penghujung tahun ini,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan aplikasi ini boleh melayari laman sesawang https://www.baituljannah.com, atau laman sosial Facebook:Baituljannahofficial atau Instagram:baituljannah. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *