Home » Langit Terbuka » Bank Islam perkenal kemudahan bayar zakat

Bank Islam perkenal kemudahan bayar zakat

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam berkata, konsep syariah iaitu kontrak ‘Wakalah’ diguna pakai iaitu pelanggan sebagai muwakkil atau prinsipal memberi kuasa kepada Bank Islam sebagai wakil atau ejen untuk melakukan pembayaran kepada Agensi Mengurus Zakat berkenaan. - Foto FocusMalaysia.com

KUALA LUMPUR – Bank Islam Malaysia Berhad melancarkan satu kemudahan tambahan baharu iaitu pembayaran Zakat Akaun Simpanan dan Pelaburan bagi membantu pelanggan membayar zakat kepada Agensi Mengurus Zakat (AMZ).

Antara AMZ yang menyertai kemudahan ini adalah Pusat Pungutan Zakat – Majis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd. Muazzam Mohamed berkata, konsep syariah iaitu kontrak ‘Wakalah’ diguna pakai iaitu pelanggan sebagai muwakkil atau prinsipal memberi kuasa kepada Bank Islam sebagai wakil atau ejen untuk melakukan pembayaran kepada AMZ berkenaan.

“Antara akaun Bank Islam yang diambil kira bagi kemudahan baharu ini ialah Akaun Simpanan dan Semasa (Qard dan Asas Qard), Akaun Pelaburan (Al-Awfar, Wafiyah dan iGain) dan Akaun Deposit Bertempoh-i (Tawarruq),” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran kemudahan pembayaran zakat di sini hari ini. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *