Home » Citra Yadim » Bantahan terhadap penghinaan kepada Rasulullah anjuran YADIM dapat sokongan luar biasa

Bantahan terhadap penghinaan kepada Rasulullah anjuran YADIM dapat sokongan luar biasa

KUALA LUMPUR – Bantahan secara dalam talian terhadap penghinaan kepada Rasulullah SAW anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mendapat sokongan luar biasa daripada netizen.

Program pada 1 November itu dibuat  susulan isu menghina Nabi Muhammad SAW di Perancis dan kenyataan Presiden negara itu yang menghina Islam. Ia merupakan program Kerjasama YADIM dengan badan pertubuhan bukan kerajaan Ummah.

Bantahan maya menerusi fungsi siaran langsung di laman Facebook YADIM itu disertai tokoh-tokoh dakwah antaranya Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani dan Ustaz Azhar Idrus.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary, Yang Dipertua YADIM Nasruddin Hassan dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu turut sama menyertai bantahan secara dalam talian itu.

“Alhamdulillah kita dapat menyatakan bantahan kita sekeras-kerasnya ke atas penghinaan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, walaupun berada dalam suasana COVID-19 ia tidak menghalang kita untuk terus menyatakan bantahan sekeras-kerasnya terhadap penghinaan ini,” kata Ahmad Marzuk dalam program bantahan tersebut.

Dalam bantahan maya selama kira-kira tiga jam itu, peserta yang terdiri daripada pendakwah terkemuka negara, pemimpin politik, artis dan badan bukan kerajaan (NGO) bergilir-gilir melontarkan pandangan dan mengutuk provokasi yang berlaku di Perancis.

Sehingga 2 November, video bantahan maya itu telah ditonton lebih 160 ribu orang dengan lebih 6,000 perkongsian.

 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *