Home » Langit Terbuka » Bantuan buat institusi pendidikan Islam

Bantuan buat institusi pendidikan Islam

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Agama, Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri . - Foto HarakahDaily

KUALA LUMPUR – Bantuan berjumlah RM18.4 juta sudah diagihkan kepada sekolah agama rakyat (SAR) serta sekolah agama swasta (SAS), sekolah pondok dan tahfiz yang terkesan pandemik Covid-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ia membabitkan 1,830 penerima setakat 30 Jun lalu.

“Kerajaan prihatin terhadap perkembangan institusi pendidikan Islam yang terkesan susulan Covid-19, oleh itu bersetuju memperuntukkan RM21 juta daripada peruntukan ‘one-off’ RM100 juta pada pembentangan Bajet 2020 untuk meringankan beban guru dan institusi.

“Bantuan khas ini diagihkan kepada 979 tahfiz, 204 pondok dan 647 SAR dan SAS,” katanya di Parlimen.

Dalam pada itu, berhubung Tabung Musaadah Covid-19 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Dr Zulkifli berkata, sumbangan daripada tabung itu disalurkan kepada semua golongan memerlukan termasuk taska swasta, sekiranya menepati syarat ditetapkan.

“Yang dikumpul daripada Jakim tidak sampai RM6 juta. Kita bagi mengikut permohonan dan bersifat terbuka. Apapun permohonan yang memenuhi kriteria, kita akan beri. Bukanlah untuk satu pihak saja,” katanya. – Harian Metro

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *