Home » Langit Terbuka » Belanjawan 2021: Pensijilan halal perlu dipertingkatkan

Belanjawan 2021: Pensijilan halal perlu dipertingkatkan

Pasaran produk dan perkhidmatan halal di peringkat global adalah berjumlah US$3.1 trilion (US$1 = RM4.15) dengan Malaysia mencatat nilai eksport berjumlah US$10 bilion pada 2019. - Foto Ijtihad Network

KUALA LUMPUR – Pembentangan Belanjawan 2021 perlu memberi penekanan terhadap usaha melahirkan lebih banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terlibat dalam industri halal untuk mendapat pensijilan halal sekaligus menembusi pasaran eksport.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Halal (HDC) Hairol Ariffein Sahari berkata kerajaan melalui agensi-agensi berkaitan perlu membantu PKS yang menawarkan produk serta perkhidmatan halal untuk mendapat pensijilan halal dengan mudah.

“Setakat tahun ini kira-kira 7,000 daripada 200,000 PKS sahaja yang mempunyai sijil halal. Kerajaan perlu bekerjasama dengan agensi seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Standard Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk mencari penyelesaian berkaitan proses pensijilan halal dan bagaimana menjadikannya lebih mesra industri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama apabila diminta mengulas mengenai isu yang perlu diketengahkan pada Belanjawan 2021 yang dijadual dibentangkan pada 6 Nov, 2020.

Hairol berkata pasaran produk dan perkhidmatan halal di peringkat global adalah berjumlah US$3.1 trilion (US$1 = RM4.15) dengan Malaysia mencatat nilai eksport berjumlah US$10 bilion pada 2019.

“Jika lebih banyak lagi PKS yang mempunyai sijil halal, sudah pasti ia mampu meningkatkan lagi pasaran eksport sekaligus menjadikan mereka pemain industri yang berjaya,” katanya.- Bernama

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *