Home » Citra Yadim » Bengkel Induksi Daie Komuniti YADIM 2022

Bengkel Induksi Daie Komuniti YADIM 2022

PUTRAJAYA – Bahagian Dakwah Komuniti YADIM telah menganjurkan Bengkel Induksi kepada Daie Komuniti badan dakwah ini sebagai pendedahan tentang gerak kerja dan pengurusan selain tugas-tugas hakiki sebagai seorang Daie pada 24 Januari.

Antara yang  ditumpukan dalam bengkel satu hari ini ialah taklimat operasi oleh Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Ustaz Azhar Yahya, Taklimat Bahagian Sumber Manusia oleh Puan Safizah Saferi, Taklimat Sukarelawan YADIM oleh Encik Abdul Qaiyum Aris, Taklimat Manual Pelaksanaan Daie Komuniti YADIM oleh Ustaz Mohd Khairrul Fuad Samsuddin dan Taklimat Manual Pelaporan oleh Ustaz Mohamad Mustaqim Mohd Noh.

Seramai 24 orang Daie Komuniti YADIM telah dilantik untuk bertugas  di sekitar komuniti Projek Perumahan Rakyat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *