Home » Citra Yadim » “Betullah Tuhan tak tidur”

“Betullah Tuhan tak tidur”

KUALA LUMPUR – Tuan tuan tak kenal saya, tapi tuan tuan bantu sampai macam ni.

 “Masih ada orang hati mulia macam tuan tuan,”.

 

“Betullah tuhan tak tidur…. Saya berdoa saban masa agar diberikan pertolongan…,”.

 

Kata kata ini adalah ungkapan sebak seorang lelaki berhampiran Lorong Haji Taib di sini yang kami di Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) santuni pada 9 Julai.

 

Menghubungi TeleBantuan YADIM sehari sebelumnya, beliau memohon sumbangan untuk meneruskan kehidupan di ibu kota.

 

Bakal dihalau daripada bilik sewanya, lelaki ini juga tertekan dengan masalah keluarga dan merindui anaknya yang berusia tiga bulan yang terpaksa diserahkan kepada keluarga angkat kerana sedar dia tidak akan mampu membesarkannya.

 

Prihatin dengan keadaan  lelaki ini, kami bantu lunaskan bayaran sewa biliknya selain menyumbang barangan keperluan harian kepadanya untuk tempoh sebulan.

 

Kisah lelaki ini turut mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang dalam kesibukannya hadir sama dan menyampaikan sumbangan wang tunai.

 

Datuk Dr Zulkifli juga menyampaikan kata kata semangat kepadanya agar tabah mendepani kehidupan.

 

Lelaki dari Taiping Perak yang kini tinggal di ibu kota ini adalah antara pemohon TeleBantuan YADIM yang badan dakwah ini cuba santuni sebaiknya.

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *