Home » Citra Yadim » Bicara Dakwah Kupas Tajuk “Menjiwai Sunnah, Mencintai Tanah Air”

Bicara Dakwah Kupas Tajuk “Menjiwai Sunnah, Mencintai Tanah Air”

SEBERANG PERAI TENGAH – YADIM Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Surau Al-Nawawi, Taman Seri Akasia telah menganjurkan Program YADIM Sejahtera: Bicara Dakwah “Menjiwai Sunnah, Mencintai Tanah Air” pada 28 September bertempat di surau berkenaan.

Program ini bertujuan meningkatkan penghayatan masyarakat terhadap sunnah Rasulullah SAW serta memupuk kecintaan kepada tanah air melalui pengukuhan nilai ukhuwah dan silaturahim.

Pe gisian utama merupakan sesi Bicara Dakwah yang menekankan amalan menyebarkan salam, memberi makan dan menyambung silaturahim sebagai asas membina hubungan masyarakat yang harmoni. Turut dikupas tiga bentuk ukhuwah dalam Islam, iaitu Ukhuwah Islamiah, Ukhuwah Wataniah dan Ukhuwah Insaniah, di samping menyentuh aspek fiqh kenegaraan serta kepentingan tanggungjawab terhadap negara.

Ia disampaikan oleh Pengarah YADIM Negeri Pulau Pinang, Ustaz Mohammad Fadzil Alias.

Beliau turut berkongsi bersama kira-kira 100 jemaah yang hadir, kisah ulama terkemuka negara, Syeikh Abdullah Fahim berkaitan ilmu dan penentuan waktu solat. Ceramah turut menekankan bahawa kepelbagaian manusia yang diciptakan oleh Allah SWT hendaklah menjadi ruang untuk saling mengenali, menghormati dan mengeratkan ukhuwah.

Program diakhiri dengan seruan agar masyarakat terus menjiwai sunnah Rasulullah SAW, memperkukuh silaturahim serta bersama-sama membina masyarakat yang aman dan sejahtera.

Hadir sama ialah Penolong Pengarah YADIM Negeri Pulau Pinang, Ustaz ⁠Muhammad Muaz Abul Kassim dan Cik Intan Basirah Basir bersama Pengerusi Surau Al-Nawawi Taman Seri Akasia, Ustaz Zaihinoor Zainuddin.

 

Artikel Berkaitan

40 orang peserta sertai Bengkel Memanah

PASIR PUTEH – Seramai 40 orang peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat telah menyertai Bengkel Memanah bertemakan “Aim High, Fokus Jati Diri” yang

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *