Home » YADIM MADANI » Bicara Dakwah Masjid Mesra MADANI Bawa Tajuk Mengurus Konflik Masyarakat

Bicara Dakwah Masjid Mesra MADANI Bawa Tajuk Mengurus Konflik Masyarakat

JELEBU – Program YADIM Sejahtera: Masjid Mesra MADANI Siri 7 telah diadakan di Masjid Jamek Simpang Durian, Negeri Sembilan sebagai platform pengisian dakwah dan pembinaan keharmonian Masyarakat pada 1 Ogos.

Program ini menampilkan Ahli Zamalah YADIM Negeri Sembilan, Ustaz Fakruradzi Abdullah, sebagai penceramah yang menyampaikan Bicara Dakwah bertajuk “Mengurus Konflik Masyarakat: Musuh Paling Berbahaya Ialah Konflik Sesama Sendiri”.

Pengisian tersebut memberi penekanan terhadap kepentingan mengurus perbezaan dan konflik secara berhikmah, di samping memupuk sikap saling menghormati serta menjaga hubungan sesama anggota masyarakat.

Program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan mengelakkan perselisihan yang boleh menjejaskan keharmonian, selain memperkukuh peranan masjid sebagai pusat penyatuan dan pembangunan komuniti.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *