Home » YADIM MADANI » Bicara Dakwah: Masjid Mesra MADANI Siri 6 Sentuh Soal Keruntuhan Akhlak

Bicara Dakwah: Masjid Mesra MADANI Siri 6 Sentuh Soal Keruntuhan Akhlak

JASIN –  Program YADIM Sejahtera: Bicara Dakwah: Masjid Mesra MADANI Siri 6 telah diadakan pada 3 Julai di Masjid Al-Barakah, Kesang Luar, Jasin, anjuran YADIM Negeri Sembilan dan Melaka.

Program dimulakan dengan tazkirah sebelum khutbah Jumaat bertajuk “Penyakit Sosial Yang Merosakkan: Masyarakat Rosak Bukan Kerana Dosa Besar, Tetapi Dosa Kecil Yang Dianggap Ringan” yang disampaikan oleh Ahli Zamalah YADIM, Ustaz Mohd Sobri Hashim.

Dalam pengisiannya, beliau menjelaskan bahawa keruntuhan akhlak dan kemerosotan nilai dalam masyarakat sering bermula daripada dosa-dosa kecil yang dipandang remeh serta dilakukan secara berterusan tanpa rasa bersalah.

Beliau turut mengingatkan bahawa setiap Muslim perlu sentiasa bermuhasabah, memperbanyakkan taubat, serta memelihara diri daripada perkara-perkara yang boleh membawa kepada kemungkaran demi melahirkan masyarakat yang beriman, berakhlak dan sejahtera.

Program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan memelihara akhlak dan menjauhi segala bentuk kemungkaran, di samping memperkasa fungsi masjid sebagai pusat penyebaran ilmu, pembinaan sahsiah dan pengukuhan ukhuwah dalam merealisasikan aspirasi Malaysia MADANI.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *