YADIM Negeri Sembilan dan Melaka telah menganjurkan program Bicara Dakwah: Masjid Mesra MADANI di Masjid Jamek Simpang Durian, Jelebu pada 11 April 2026.
Pengisian program telah disampaikan oleh Pengerusi Pusat Tahfiz Teknikal Yayasan Ummah Prihatin Pahang, Kapten (B) Shamsuddin Moner, yang bertajuk ’Adab Bermasyarakat Dalam Surah Al-Hujurat’.
Dalam penyampaiannya, beliau menekankan kepentingan menjaga adab dalam kehidupan bermasyarakat seperti menjauhi sikap berprasangka buruk, tidak mengumpat, serta mengamalkan sikap saling menghormati dan bertoleransi antara satu sama lain.
Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat yang hadir untuk menimba ilmu dan memperkukuh kefahaman berkaitan nilai-nilai murni dalam Islam.
Selain sesi ceramah, program ini juga membuka ruang interaksi antara penceramah dan peserta melalui sesi soal jawab yang membincangkan isu-isu semasa berkaitan kehidupan bermasyarakat.
Penganjuran program seumpama ini diharap dapat memperkukuh peranan masjid sebagai pusat penyatuan ummah serta platform penyebaran ilmu yang berterusan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Hadir mewakili YADIM ialah Penolong Pengarah YADIM Negeri Sembilan dan Melaka, Encik Syed Mohsein Al Yahya.



KOMEN