Home » Langit Terbuka » Brazil pertimbang hasrat pindah kedutaan ke Baitulmaqdis

Brazil pertimbang hasrat pindah kedutaan ke Baitulmaqdis

Rancangan Brazil mengikut jejak langkah Amerika Syarikat memindahkan kedutaan di Baitulmaqdis, telah menimbulkan rasa kecewa Mesir, sekali gus bakal mencetuskan ketegangan dengan negara Islam lain

SAO PAULO – Hasrat Presiden Brazil, Jair Bolsonaro memindahkan kedutaannya di Tel Aviv ke Baitulmaqdis bakal mencetuskan ketegangan diplomatik dengan negara Islam, yang mengancam pasaran syarikat pengeluar daging di negara itu.

Brazil adalah pengeskport daging halal terbesar dunia – yang mematuhi standard piawaian pemakanan Islam – dengan AS$16 bilion dieksport ke pasaran Timur Tengah dan Turki setiap tahun.

Rancangan Bolsonaro mengikut jejak langkah Amerika Syarikat (AS) memindahkan kedutaan di Baitulmaqdis, telah menimbulkan rasa kecewa Mesir, sekali gus bakal mencetuskan ketegangan dengan negara Islam lain.

Pada Mei lalu, AS telah memindahkan kedutaannya ke Baitulmaqdis apabila Presiden, Donald Trump mengiktiraf wilayah itu sebagai ibu negara Israel. Langkah itu kemudiannya diikuti negara sekutu, Guatemala.

Reuters yang memetik sumber pegawai diplomatik berkata, Mesir bertindak membatalkan lawatannya ke Brazil minggu ini, didakwa sebagai tanda protes terhadap keputusan presiden negara itu.

Bagaimanapun, Bolsonaro berkata, keputusan untuk memindahkan kedutaan masih dalam pertimbangan dan masih belum mencapai keputusan akhir.

Hasrat Bolsonaro itu mendapat perhatian Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang memuji keputusan berkenaan, dan menggelarkan Brazil sebagai ‘kawan’.- Ismaweb

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *