Home » Langit Terbuka » Buat reka cipta premis hidang arak, ini jawapan Mufti Wilayah Persekutuan

Buat reka cipta premis hidang arak, ini jawapan Mufti Wilayah Persekutuan

Zulkifli menasihatkan mereka yang berada dalam situasi sedemikian agar berbincang dan menjelaskan hal ini kepada majikan supaya ia tidak menjadi isu. - Gambar fail

UMAT Islam yang terbabit dalam pekerjaan yang memerlukan mereka melakukan sesuatu yang ditegah agama, dinasihatkan agar berbincang dengan majikan untuk membolehkan mereka dikecualikan daripada tugas itu.

Itu kata Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, ketika menjawab soalan berhubung pekerja beragama Islam yang ditugaskan mereka cipta satu premis yang menghidangkan arak.

Katanya, tiada halangan untuk umat Islam berkhidmat dengan majikan bukan Islam, namun jika tugas yang diberikan bertentangan dengan hukum, ia sangat ditegah.

Beliau berkata, hukum bekerja dengan syarikat yang diketuai oleh bukan Islam adalah harus secara umumnya.

Namun, jika pekerjaan tersebut bercampur dengan perbuatan yang haram, ia adalah dilarang dan ditegah.

“Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, kami mengatakan bahawa perbuatan tersebut hendaklah dielakkan.

“Ini kerana, setiap wasilah untuk mencapai ke arah tujuan yang tidak baik adalah dianggap sebagai tidak baik juga,” katanya menerusi satu kenyataan di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Zulkifli memberi contoh, pekerjaan yang bercampur dengan perbuatan haram ialah seperti membantu mendatangkan kemudaratan kepada umat Islam, memerah arak, membantu ke arah kesyirikan dan kemaksiatan,

Beliau menerangkan, kaedah yang digunakan ialah, wasilah mempunyai hukum yang sama dengan tujuan.

“Justeru, melakukan reka bentuk (design) bagi tempat-tempat yang bertujuan untuk diadakan maksiat kepada Allah di dalamnya, adalah suatu wasilah yang dilarang,” kata Zulkifli.

Oleh itu, beliau menasihatkan mereka yang berada dalam situasi sedemikian agar berbincang dan menjelaskan hal ini kepada majikan supaya ia tidak menjadi isu dalam mana-mana organisasi. – ASTRO AWANI

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *