Home » Citra Yadim » Bubur lambuk untuk warga Yan

Bubur lambuk untuk warga Yan

SUNGAI YAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah dengan kerjasama Pertubuhan Darul Ikhlas Gurun telah bergotong-royong memasak bubuk lambuk untuk diedarkan kepada orang ramai pada 1 Mei.

Program di pasar Sungai Yan ini disertai oleh 15 ahli Pertubuhan Darul Ikhlas, kakitangan Pusat Khidmat Parlimen Jerai dan beberapa sukarelawan badan bukan kerajaan.

Seawal jam 2 petang para peserta telah memulakan tugas masing-masing dari proses penyediaan  sehinggalah membungkus dan mengedar bubur berkenaan.

Pusat Khidmat Parlimen Jerai juga turut bersama dalam menjayakan program ini dengan mengedarkan apron secara percuma kepada para peniaga.

Hadir sama ke majlis ini ialah Ahli Parlimen Jerai, Yang Berhormat  Ustaz Sabri Azit, Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria dan Pengerusi Pertubuhan Darul Ikhlas, Gurun, Azwan Jamaludin.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *