Home » Citra Yadim » Bulan Dakwah 2.0: YADIM Kedah santuni Pondok Raudhatul Jannah

Bulan Dakwah 2.0: YADIM Kedah santuni Pondok Raudhatul Jannah

SIK – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 20 November telah menyantuni warga  Pondok Raudhatul Jannah di sini.

Program pertama pada sebelah pagi apabila melibatkan 50 pelajar tahfiz dalam Pertandingan Tulisan Khat dengan temanya Melestari Gerakan Dakwah dan di sebelah petang pula dengan menyantuni warga emas di pondok tersebut bersempena Bulan Dakwah 2.0 YADIM Kedah.

Pemenang pertandingan tulisan khat menerima sijil penyertaan dan hamper daripada YADIM.

Manakala seramai 50 warga emas pula menerima kit makanan.

Penyerahan kepada penerima sumbangan dan pemenang pertandingan telah disampaikan oleh Ahli Parlimen Sik, Yang Berhormat Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman.

Turut bersama dalam program ini adalah Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria, Pengerusi dan Mudir Pondok Raudhatul Jannah, Ustaz Haji Allias Abdullah , Setiausaha Majlis Huffaz, Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah dan merangkap Ketua Juri, Ustaz Shukri Sawai serta Ketua Sukarelawan YADIM bagi kawasan Jerai dan Pendang.
  

Artikel Berkaitan

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *