Zamri Zainal Abidin Ketua Pegawai Eksekutif baharu YADIM

PUTRAJAYA – Pegawai Tugas Tugas Khas kepada Perdana Menteri, Yang Berusaha Tuan Haji Zamri Zainal Abidin kini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif YADIM yang baharu. Lantikan berkuat kuasa 15 Februari 2023 itu adalah bagi menggantikan Tuan Kamarul Arief Tuan Soh yang sebelum ini berkhidmat di badan dakwah ini sejak 2019. Zamri berpengalaman dalam pentadbiran awam […]

Misi Bantuan Banjir Pelbagai Inisiatif Digerakkan, YADIM Sasar Sumbangan RM500,000

PUTRAJAYA – Sebagai peneraju gerakan dakwah di negara ini, YADIM mensasarkan untuk mendapatkan RM500,000 bagi disalurkan kepada mangsa banjir seluruh negara. Sejumlah RM250,000 telah diperolehi pada masa ini hasil sumbangan individu, korporat, institusi berkaitan dan peruntukan dalaman. Peruntukan ini akan digunakan bagi menyalurkan bantuan dalam pelbagai inisiatif seperti bekalan keperluan harian, lampin pakai buang, tuala […]

YADIM Terima Sijil Audit Bersih Kewangan Empat Tahun Berturut Turut

PUTRAJAYA – YADIM selaku agensi peneraju gerakan dakwah di negara ini komited untuk melestari gerakan dakwah dengan telus dan menjadi contoh dalam melaksanaan urus tadbir agensi agama. Alhamdulillah hasil gerak kerja sedemikian, badan dakwah ini telah dianugerahkan sijil bersih penyata kewangan bagi tahun 2021 pada 29 September. Ini merupakan kali keempat berturut turut YADIM menerima […]

VIDEO MUZIK HARI RAYA BERUNSUR LGBT CEMAR KESUCIAN RAMADAN

YADIM ingin menyatakan kekesalan atas penyebaran video muzik hari raya seorang usahawan kosmetik terkenal baru-baru ini. Video muzik yang secara jelas mempromosi budaya songsang LGBT tersebut bukan sahaja menganggu sensitiviti rakyat di negara ini bahkan lebih parah dari itu telah mencemarkan kesucian Bulan Ramadan yang telah memasuki fasa 10 malam terakhir kini. Tumpuan umat Islam […]

Kenyataan Media Isu Anak Anak Puan Loh Siew Hong

YADIM ingin merakamkan kekesalan di atas tindakan dan kenyataan provokatif berterusan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Dr. P. Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dan beberapa pemimpin dari parti politik yang sama dengan beliau di atas isu yang melibatkan anak-anak kepada Puan Loh Siew Hong. Kes yang pada asalnya berkaitan dengan hak penjagaan anak-anak Puan […]

KENYATAAN MEDIA ISU ARAK BERJENAMA TIMAH

YADIM ingin menyatakan  pendirian sangat tidak bersetuju atau bantahan terhadap penjualan arak dengan jenama Timah seperti yang diperkatakan ketika ini, kerana ia jelas haram di sisi Islam, selain membawa keburukan terhadap masyarakat.   Malah, YADIM juga berpandangan, penggunaan jenama arak dengan perkataan berbahasa Melayu seperti Timah itu sendiri merupakan satu strategi penjenamaan yang  bersifat provokatif […]

PENGANJURAN WAKEUP 4 AQSA

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia  (YADIM) pada Ahad 16 Mei 2021 jam 9.30 malam  telah mengambi inisiatif untuk menganjurkan program bicara Wake Up 4 Aqsa yang telah dilancarkan oleh YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Hj  Zulkifli Mohamad Al Bakri. Program ini akan menjadi titik mula kepada gerakan YADIM […]

KENYATAAN MEDIA MENGUTUK KERAS TINDAKAN PENGECUT ISRAEL MENYERANG PENDUDUK PALESTIN

Tindakan Israel menceroboh hingga mencederakan warga Palestin yang sedang beribadat pada hari hari terakhir Ramadan tahun ini menunjukkan sikap pengecut sebenar mereka kerana terang terangan para jemaah di Masjidil Aqsa ketika itu bukannya ancaman keselamatan untuk mereka. Israel tidak mempunyai sebarang sebab untuk menyerang warga Palestin yang sedang beribadat  ketika itu, malah ia sebenarnya boleh […]