Ziarah dan berbuka puasa bersama komuniti Orang Asli

KOMUNITI Orang Asli di Selangor tidak dilupakan sepanjang Ramadan ini. YADIM Selangor pada 22 Mac telah melaksanakan program ziarah dan berbuka puasa bersama komuniti Orang Asli Kampung Kachau Luar, Semenyih. Penolong Pengarah YADIM Selangor, Encik Muhamad Hafizuddin Mohd Daud bersama pelajar Latihan Industri YADIM Selangor, saudara Muhammad Hafiy Dinie Mat Zailani, telah hadir ke kampung […]

Ziarah Rahmah: Santuni Rumah Bakti Nur Ain

ANAK-Anak yatim dan asnaf sentiasa dekat dengan YADIM. Pelbagai program menyantuni mereka diatur saban masa. Terbaharu, YADIM Selangor pada 22 Mac telah berkunjung dan menyantuni Rumah Bakti Nur Ain di Bandar Baru Bangi menerusi program Ziarah Rahmah. Penolong Pengarah YADIM Selangor bersama saudara Muhammad Hafiy Dinie Mat Zailani, pelajar Latihan Industri YADIM Negeri Selangor telah […]

Program Ihya’ Ramadan di Pejabat Kesihatan Daerah Marang

PROGRAM Ihya’ Ramadan Pejabat Kesihatan Daerah Marang telah berlangsung baru-baru ini dengan pelbagai pengisian oleh YADIM Terengganu. Turut sama menjayakan program ini ialah Kelab Sukan dan Kebajikan Kesihatan cawangan Marang (KESUKES). Dimulakan dengan ceramah oleh pensyarah Universiti Malaysia Terengganu, Prof. Madya Dr. Firdaus Khairi Abdul Kadir yang menyentuh tentang kepentingan Ramadan diisi dengan inisiatif menambah […]

Perbincangan YADIM Terengganu dengan Pusat Kesihatan Marang

MERAIKAN Kehadiran Ramadan, YADIM Terengganu merancang mengadakan beberapa pengisian bermanfaat dengan Pusat Kesihatan Daerah Marang. Perancangan ini dimulakan dengan kunjung hormat melibatkan pertemuan antara Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin dengan Pengawai Kesihatan Daerah Marang, Dr. Elyas Ahmad pada 11 Mac. Perbincangan antara kedua pihak memfokuskan kepada penganjuran program berkala setiap minggu di bulan […]

Program Jati Diri dan Kesukarelawan Remaja Zon Timur

LENSA Program Jati Diri dan Kesukarelawan Remaja Zon Timur anjuran HALUAN Negeri Kelantan dengan kerjasama YADIM pada 11 Mac di Kem Sri Chap Beach Resort, Bachok. Ia telah dihadiri seramai 60 orang pimpinan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dari Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Program selama 5 hari 4 malam ini telah bermula dari 7 […]

Kedai Buku YADIM telah turut serta dalam Ummatic Festival 3.0

Kedai Buku YADIM telah turut serta dalam Ummatic Festival 3.0 di Masjid Muhammad Al Fateh, Taman Jati, Ipoh, Perak pada 8 hingga 10 Mac lalu. Antara yang ditawarkan ialah naskhah terbitan YADIM seperti buku-buku ilmiah, majalah dan sebagainya. Reruai Kedai Buku YADIM di festival tersebut mendapat sambutan amat menggalakkan apabila dikunjungi pelanggan bukan sahaja daripada […]

Program Ihya’ Ramadan dan Ceramah Ambang Ramadan

LENSA Sekitar Program Ihya’ Ramadan dan Ceramah Ambang Ramadan anjuran Kolej Islam Sultan Alam Shah (Kisas), Selangor pada 11 Mac. Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus telah diundang sebagai penceramah bagi program ini. Bagi tujuan tersebut, beliau telah memberi pengisian bertajuk ’Membudayakan Kehidupan Dengan Al-Quran Al-Karim”. Cukupkah Sekadar Membaca?’. Sesi soal jawab turut diadakan […]

‘Bulan Solidariti Dengan Palestin Dan Umat Yang Tertindas’

DENGAN Hasrat mengangkat isu Palestin secara lebih meluas sepanjang bulan Ramadan ini sebagai tanda bersolidariti dengan saudara seagama dan tidak melupakan golongan ditindas di seluruh dunia, Kempen Ramadan 1445/2024 ‘Bulan Solidariti Dengan Palestin Dan Umat Yang Tertindas’ telah dilancarkan pada 10 Mac. Anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), ia disempurnakan pelancarannya oleh Yang Dipertua […]

YADIM Kelantan: Majlis Sambutan Ambang Ramadan

KETIBAAN Ramadan terus diisi YADIM Kelantan dengan pelbagai pengisian bermanfaat. Program terbaharu mereka bersama masyarakat ialah menerusi Majlis Sambutan Ambang Ramadan di Dewan Al-Falah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penambang, Kota Bharu pada 11 Mac. Seramai 470 murid, guru dan kakitangan sekolah menyertai program ini yang dirasmikan oleh Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang. Ucapan […]

Dana Wakalah Zakat SSM diagihkan melalui YADIM

LENSA Hari kedua program Agihan Beg Sekolah Bagi Program Back To School Yadim – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Agihan ini adalah dana daripada Dana Wakalah Zakat SSM yang diagihkan melalui YADIM. Secara keseluruhan, sebanyak 320 beg diagihkan kepada para pelajar yang memerlukan. Agihan diadakan di beberapa lokasi Kuala Lumpur, Selangor dan Perak. Hadir sama dalam […]