Muhammadiyah minat kerjasama dengan Yadim

KUALA LUMPUR, 2 November – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) hari ini menerima kunjung hormat daripada Pertubuhan Muhammadiyah Indonesia yang berminat mengadakan kerjasama untuk menjalankan aktiviti dakwah di kedua-dua negara. Delegasi Indonesia itu diketuai oleh Ketua Umum Pimpinan Muhammadiyah, Dr. Haedar Nashir serta diiringi oleh Setiausaha Umumnya, Dr. Abdul Mu’ti dan Ketua Umum Aisyiyah (sayap […]
Membangun model Masjid Mesra OKU

BANGI, 28 Oktober – Pembangunan konsep dan model Masjid Mesra Orang Kelainan Upaya (OKU) di Malaysia masih berada dalam tahap kurang memberangsangkan. Golongan ini dilihat masih terpinggir dan mengalami kesukaran akses terutama dalam penggunaan kemudahan awam di masjid. Atas inisiatif untuk membangunkan konsep tersebut, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah […]
Islam sebagai agenda utama negara

KELANTAN, 26 Oktober – Perkembangan dan pembangunan Islam sepanjang 58 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan, ternyata telah menarik perhatian banyak negara Islam lain dengan kesungguhan kerajaan Malaysia meletakkan Islam dalam agenda utama menuju ke arah sebuah negara maju. Justeru, Seminar Pembangunan Islam di Malaysia bertempat di Dewan Pusat Dakwah Jeli (Pondok Moden) anjuran Yayasan Dakwah Islamiah […]
Amanat pertama YDP ke-11

KUALA LUMPUR, 13 Oktober – Dalam melaksanakan tugasan harian di tempat kerja, niat merupakan perkara utama yang harus dititikberatkan oleh individu khususnya warga kerja Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Niat inilah yang menjadi asas kepada segala sikap dalam melaksanakan amanah kerja di YADIM. Demikian antara intipati ucapan Dr Yusri Mohamad, Yang Dipertua YADIM dalam satu […]
Dr. Yusri Mohamad dilantik sebagai YDP YADIM yang baharu

PUTRAJAYA 30 September – Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Dr. Yusri Mohamad hari ini secara rasminya dilantik sebagai Yang Dipertua YADIM yang baharu oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, berkuatkuasa 1 Oktober 2015. Beliau menggantikan Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang kini telah dilantik […]
Media sosial: Agensi agama perlu bersepadu

KUALA LUMPUR 14 Sept. _ Pegawai-pegawai agensi agama terutama yang terlibat mengendali laman sosial agensi masing-masing perlu bekerja secara bersepadu bagi mengekang begitu banyak maklumat yang tidak benar di alam maya sekarang. Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, agensi-agensi agama tidak boleh lagi bergerak sendirian dalam menangani isu-isu […]
Kongsi pandangan bersama Ikon Da’i

KUALA LUMPUR, 11 September – YB Senator Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) telah berkesempatan mengadakan pertemuan bersama tokoh-tokoh agamawan dalam Liqa’ Ikon Da’i yang berlangsung di Hotel Seri Pacific malam tadi. Pertemuan tersebut dianjurkan bagi mendapatkan pandangan, maklum balas dan cetusan idea […]
Teruskan kolaborasi dengan agensi lain

KUALA LUMPUR, 9 September – Perhimpunan bulanan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) bagi bulan September merupakan perhimpunan terakhir YB Senator Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Yang Dipertua Yadim. Beliau telah dilantik sebagai Yang Dipertua Yadim pada 5 Jun 2013. Kini, beliau merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkuatkuasa 28 Ogos lalu. Dalam ucapan […]
MPWIM bantu bayi Nurul Amerina

KAJANG, 6 September – Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menunjukkan keprihatinan dengan mengunjungi bayi Nurul Amerina, dua bulan yang kini dirawat di Wad NICU, Hospital Kajang. Amerina yang menghidap sakit jantung berlubang merupakan bayi kepada saudara baru iaitu Mohd Tony Moey. Nurul Amerina juga disahkan menghidap sindrom down […]
Mukhayyam satukan Sahabat Yadim

GOMBAK, 25 OGOS – Mukhayyam Ukhuwwah Sahabat Yadim (MUHSIN) yang telah diadakan di Kem Alang Sedayu anjuran Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) ternyata telah memberi pengalaman baru kepada lebih kurang 60 orang Sahabat Yadim. Program ini merupakan program khusus Sahabat Yadim Negeri Selangor dan Kuala Lumpur. Program selama 3 hari 2 […]