Ijtimak Dewan Cheng Ho

PUTRAJAYA – Dewan Cheng Ho – Majlis Dakwah Negara (MDN) akan mengadakan Ijtimak Dewan Cheng Ho 2018: Perhimpunan Ahli-Ahli Dewan Cheng Ho MDN pada 13 Disember (Khamis) ini. Program ini akan diadakan di Bilik Latihan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di sini bermula jam 8 pagi hingga 1 tengahari. Ijtimak Dewan Cheng Ho ini bertujuan […]

Kem Daie Muda Matrikulasi 7.0

KUALA PILAH – Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan di sini, telah menghimpunkan seramai 530 para pelajar matrikulasi dari seluruh negara untuk program Kem Daie Muda Matrikulasi 7.0. Ia merupakan anjuran Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama Bahagian Matrikulasi ,Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Para pelajar dari 15 Kolej Matrikulasi ini telah berhimpun […]

Wacana Rakan Wanita

KUALA LUMPUR – Dewan Wanita Majlis Dakwah Negara, dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bakal menganjurkan program Wacana Rakan Wanita pada 15 Disember ini (Sabtu). Ia merupakan satu program berbentuk wacana dengan tajuk ‘Wawasan Baru Perjuangan Wanita Islam di Malaysia’ yang akan disampaikan oleh Profesor Emeritus Datuk Dr Mahmood Zohdi Ab Majid, Pengerusi […]

YADIM kekal MS ISO 9001:2015

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia  (YADIM) telah berjaya mengekalkan persijilan MS ISO 9001:2015 selepas menjalani proses audit dengan AJA EQS CERTIFICATION (M) Sdn. Bhd (AJA)  hari ini (6 Disember). Hasil audit menunjukkan Tiada Sebarang Ketidakpatuhan (NCR) dan sebanyak lima Peluang Penambahbaikan (OFI). Ia merupakan satu lonjakan ketara berbanding audit tahun lepas, apabila ia menemukan […]

Bicara santai di Politeknik Jeli

JELI – Bersempena dengan minggu suai kenal Politeknik Jeli di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia telah mengadakan Program Bicara Dakwah khusus untuk para pelajar baharu di sini. Seramai 170 orang pelajar telah menyertai program ini yang diadakan di Auditorium Lanas Perdana di sini pada 3 Disember lalu pada jam 8.30 malam. Pengarah YADIM Zon Timur, […]

Multaqa Ilmuwan Usuluddin 2018

KUALA LUMPUR – Dewan Pendidikan, Majlis Dakwah Negara (MDN) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia serta Pusat Akidah dan Keamanan Global, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan menganjurkan Multaqa Ilmuwan Usuluddin 2018. Program pada 17 Disember (Isnin) di  Bilik Senat, Bangunan Canselori, UKM itu juga merupakan sinergi bersama Pertubuhan Kearifan Islam Malaysia, Persatuan […]

Ziarah mangsa kebakaran Kampung Junkon

KUALA PENYU – Prihatin  dengan nasib sebuah keluarga mangsa kebakaran di Kampung Junkon dekat sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) tampil menziarah keluarga terdekat mereka. Pengarah YADIM Zon Sabah, Tuan Haji Samin Ongki turut menyampaikan sedikit sumbangan yang bertujuan meringankan beban keluarga mangsa semasa hadir pada petang hari kejadian. Dalam kejadian di Kampung Junkon, Menumbok, […]

Pingat Perak untuk YADIM

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah dianugerahkan Sijil Pingat Perak oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) atas kecemerlangan dalam Anugerah Inovasi Jabatan Perdana Menteri (AIJPM) 2018. Anugerah berkenaan disampaikan JPM kepada agensi yang melepasi tahap penilaian berdasarkan markah yang diberikan oleh panel penilai. Pada AIJPM 2018 yang berlangsung pada 1 hingga 3 Oktober lalu, […]

Santai Bersama YADIM Kelantan

JELI – Politeknik Jeli di sini bakal menjadi lokasi terkini program dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di Kelantan. Pada 3 Disember ini, bakal diadakan program ‘Bicara Dakwah, Santai Bersama YADIM’ Kelantan di institusi pengajian tinggi itu. Pengarah YAIM Zon Timur, Yang Berusaha Ustaz Mahadi Awang berkata, program berkenaan diadakan sempena kemasukan pelajar pelajar baru […]

Persidangan Meja Bulat Dewan Wanita

KUALA LUMPUR – Prihatin dengan isu isu semasa mengenai hal hal wanita masa kini, Dewan Wanita Kuala Lumpur, Majlis Dakwah Negara (MDN) akan mengadakan Persidangan Meja Bulat Dewan Wanita Kuala Lumpur pada 1 Disember ini. Program di Bilik Mesyuarat Utama,  Aras 3, Blok D  Akademi Pengajian Islam  Universiti Malaya itu akan bermula jam 9.30 pagi […]