Jemaah Haji Malaysia kekal kebersihan, jadi contoh negara lain

MAKKAH – Jemaah haji Malaysia diminta supaya mengekalkan budaya kebersihan diamalkan oleh jemaah haji sebelum ini bagi menjaga imej Malaysia di mata dunia dan menjadi contoh kepada jemaah haji dari negara lain. Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd Rahman berkata Kempen Kebersihan Perdana Masyair dijalankan Lembaga Tabung Haji (TH) bersama jemaah […]

Malaysia teruskan bantuan untuk rakyat Palestin

GEORGE TOWN – Malaysia akan meneruskan bantuan dan sumbangan untuk umat Islam di Palestin yang terjejas dalam serangan rejim Zionis Israel di Gaza sejak awal bulan ini. Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya berkata awal tahun ini Kerajaan Malaysia telah menghantar bantuan peralatan perubatan bernilai RM1.5 juta ke hospital-hospital di Gaza. “Kita memang selalu bagi […]

Sesi penjelasan Maqasid Syariah Selasa depan

KUALA LUMPUR- Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menganjurkan sesi ‘Town Hall’ Maqasid Syariah Peringkat Wilayah Persekutuan, Selasa depan. Penganjuran itu bertujuan menjelaskan gagasan Maqasid Syariah sebagai teras tadbir urus negara yang inklusif dan progresif. Pengarahnya, Mohd Ajib Ismail berkata, sesi yang dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana […]

Temui YADIM di PBAKL 2019

PUTRAJAYA – Kepada peminat buku buku terbitan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), anda berpeluang mendapatkannya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2019 yang akan berlangsung pada 29 Mac hingga 7 April ini. Temui YADIM di gerai nombor 3149 di Dewan Tun Razak 3 di sepanjang PBAKL 2019 berlangsung nanti. Terdapat 68 buah judul buku […]

Khairul Dzaimee KP Imigresen baharu

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri mengumumkan pelantikan Datuk Khairul Dzaimee Daud sebagai Ketua Pengarah Jabatan Imigresen yang baharu bermula esok. Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata, Khairul Dzaimee, 47, sebelum ini adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) Kementerian Dalam Negeri sejak Julai 2018. “Khairul Dzaimee berpengalaman dalam bidang pengurusan keselamatan dan imigresen kerana […]

Tun Mahathir dinobat sebagai Lelaki Muslim Paling Berpengaruh Dunia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dinobatkan sebagai Lelaki Muslim Paling Berpengaruh Dunia oleh penerbitan The Muslim 500 bagi tahun 2019 kerana kecemerlangan dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin. Sempena ulang tahun ke-10 penerbitan itu, Dr Mahathir disifatkan sebagai pemimpin tertua di dunia yang memiliki perjalanan kerjaya politik luar biasa. Felo Institut Kajian Polisi […]

Saya lebih percaya Lembaga Zakat

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Wan Saiful Wan Jan berkata pembayaran zakat yang dibuat oleh institusi itu selepas mendapat nasihat lembaga zakat. Beliau menjawab kritikan bahawa pembayaran tersebut tidak perlu dibuat memandangkan PTPTN bukan sebuah perniagaan dan malah kini menanggung hutang. Wan Saiful berkata beliau tidak berminat untuk mempolitikkan isu […]

Ustaz selebriti jangan sebar hadis palsu

BANDAR HILIR – Pendakwah bergelar ‘ustaz selebriti’ dinasihatkan memiliki amanah dan disiplin ilmu dalam menyampaikan ceramah melalui mana-mana platform bagi mengelakkan penyebaran sebarang hadis palsu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, disiplin ilmu itu membabitkan penguasaan bahasa Arab lebih baik, kefahaman maksud hadis atau ayat serta tafsiran tepat mengikut […]

Isteri Untuk Disewa : Surat terbuka Mufti Wilayah Persekutuan

Berikut merupakan keseluruhan surat terbuka yang dipetik dari Muftiwp.gov.my Mukadimah Alhamdulillah, kami rafa’kan segala kesyukuran kepada Allah atas pelbagai nikmat yang tidak terhitung kepada kita termasuklah negara yang aman dan makmur. Kami mengambil prihatin dan cakna akan lambakan drama yang berkonsepkan santai, isu-isu kekeluargaan dan percintaan mutakhir ini. Secara umumnya sebagai penonton, kita harapkan drama […]

Hina Rasulullah bukan hak kebebasan bersuara

STRASBOURG (PERANCIS) – Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR) memutuskan bahawa adalah menjadi satu kesalahan memfitnah Nabi Muhammad SAW. Ia juga menyatakan bahawa perbuatan atau aktiviti memfitnah Rasulullah melangkaui had kebebasan berucap. ECHR membuat keputusan itu ketika mengekalkan sabitan bersalah seorang wanita Austria kerana menggelar Nabi Muhammad SAW fidofilia. Wanita berusia lewat 40-an hanya dikenali […]