Menteri Pendidikan gesa semarak semula tulisan jawi

MUAR – Menteri Pendidikan, Maszlee Malik menggesa semua pihak menyemarakkan semula tulisan jawi dalam kalangan masyarakat di negara ini. Ini kerana, katanya, terdapat lebih 10,000 manuskrip Melayu klasik bertulisan jawi dalam pelbagai bidang di pelbagai institusi dalam dan luar negara termasuk di England, Belanda, Amerika Syarikat, Rusia, Jerman, Perancis dan India. Beliau berkata, penyelidikan terhadap […]

Dapat cebisan perut pun sudah bersyukur

DAR ES SALAM (Tanzania) – “Kami hanya makan sekali sehari. Terima kasih rakyat Malaysia.” Itu yang diungkapkan Jameelah Salam salah seorang penduduk perkampungan Condo yang hanya menerima cebisan kulit perut dari sebuah lori di pusat agihan daging korban di Princess Gate School, Kunduchi di sini semalam. Menurutnya, mereka sekeluarga hanya bergantung harap kepada sumber makanan […]

Peningkatan kesedaran kurangkan kematian

MINA – Pendekatan proaktif Tabung Haji (TH) mendekati jemaah untuk meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan berjaya mengurangkan jumlah kematian bagi musim haji tahun ini berbanding tahun lalu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, sehingga Selasa lalu hanya 10 jemaah haji Malaysia meninggal dunia berbanding keseluruhan musim haji tahun lalu yang mencatatkan […]

KPM Akan Laksana Intervensi Bantu Sekolah Tahfiz

PETALING JAYA –  Kementerian Pendidikan (KPM) akan melakukan beberapa intervensi untuk membantu sekolah tahfiz bagi memastikan pelajar tahfiz mampu berdaya saing sama ada di dunia akademik atau pasaran kerja yang semakin mencabar. “Biasanya, isu yang berbangkit di sekolah tahfiz adalah mengenai kualiti pengajaran dan pendidikan. Jadi, kita ingin memastikan supaya sekolah tahfiz tidak menggadaikan kualiti […]

KASYFI 2018 : Platform orang muda bersatu hati

  PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) melalui Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) buat sekian kalinya menganjurkan program menyemarakkan semangat Aidilfitri melalui penganjuran program Kembara Aidilfitri Sahabat YADIM (KASYFI) 2018. Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda (Kemuda) YADIM, Zamani Karulani berkata, program berkenaan adalah kesinambungan daripadan program Ikhtikaf Ramadan Sahabat YADIM (IRSYAD) yang diadakan sebanyak 12 siri […]

Tujuh saranan Mufti Wilayah tangani penyakit halusinasi

  KUALA LUMPUR – Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberi tujuh saranan kepada masyarakat dalam menangani isu penyakit halusinasi atau skezofrenia. Beliau berkata, pihaknya terpanggil memberi pencerahan dan pandangan mengenai penyakit mental itu susulan kejadian tragis bayi berusia 19 bulan, Muhammad Nur Rashdan Muhammad Rizal mati dikelar ibunya di FELDA Jengka 13, […]

KDN Tubuh Jawatankuasa Khas Kaji Undang-Undang Berkaitan Keselamatan Negara

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk mengkaji undang-undang sedia ada terutamanya berkaitan keselamatan negara yang didakwa bertentangan dengan hak asasi manusia, kata Menterinya Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin berkata, jawatankuasa yang ditubuhkan pada minggu lepas itu dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim. “Kita akan melihat dan […]

Abu Dar’ pemimpin baharu Daesh Asia Tenggara

MANILA: Tentera Filipina sudah mengenal pasti pemimpin baharu atau ‘Emir’ kumpulan pengganas Daesh di Asia Tenggara. Menurut jurucakap Divisyen Pertama tentera Filipina, Mejar Ronald Suscano, salah seorang individu yang merancang kepungan di Marawi dikenali sebagai ‘Abu Dar’ menggantikan Isnilon Hapilon yang terbunuh, tahun lalu. Katanya, Dar disifatkan sebagai kurang radikal dan tidak mempunyai banyak pengalaman […]

Uncle Kentang sedia van jenazah percuma

  PUCHONG- Selepas Pasar 10 sen, Rumah RM1, ambulan 10 sen dan teksi 10 sen diwujudkan, Persatuan Kepolisan Masyarakat (CP) Malaysia kini memperkenalkan pula khidmat van jenazah percuma untuk digunakan penduduk kurang berkemampuan di sekitar Puchong. Presidennya, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang berkata, van tersebut diterima pihak persatuan hasil sumbangan Timbalan […]

Buku Panduan Urusan Muamalah

Judul Buku: Celik Muamalah: Hukum\Harta/Riba\Hutang\Pengurusan Kewangan\Pelaburan\Insurans\Wakaf Penulis: Abdul Aziz Ismail Penerbit: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Tahun: 2018 Muka surat: 308 halaman No. ISBN: 978-967- 5128-46- 2 Pengulas SHAHAROM TM SULAIMAN   Pelbagai persoalan berkaitan urusan muamalah sentiasa timbul di tengah-tengah masyarakat Muslim bersesuaian dengan perkembangan yang berlaku dalam kehidupan manusia. Akibat daripada perubahan zaman, kecanggihan […]