Home » Citra Yadim » Ceramah Bawa Tajuk “Psikologi Rasulullah SAW: Seni Memahami dan Menyantuni Manusia”

Ceramah Bawa Tajuk “Psikologi Rasulullah SAW: Seni Memahami dan Menyantuni Manusia”

NILAI — Program YADIM Sejahtera: Majlis Bicara Wahyu (MBW) Siri 8 Tahun 2026 telah diadakan di Auditorium Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Teknik dengan kehadiran seramai 220 peserta.

Program ini menampilkan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Ustaz Azlan Shah Nabees Khan, sebagai penceramah bagi menyampaikan pengisian bertajuk “Psikologi Rasulullah SAW: Seni Memahami dan Menyantuni Manusia”.

Pengisian tersebut memberi penekanan terhadap pendekatan Rasulullah SAW dalam memahami keperluan, perasaan dan latar belakang manusia serta kepentingan menyantuni masyarakat dengan hikmah dan akhlak yang baik.

Program turut diisi dengan Kuiz Bicara Wahyu yang mengandungi soalan berkaitan kehidupan dan sirah Nabi Muhammad SAW, sebagai aktiviti interaktif untuk menguji pengetahuan serta kefahaman peserta.

Program ini diharap dapat meningkatkan penghayatan peserta terhadap keperibadian Rasulullah SAW dan menjadikan sirah serta akhlak Baginda sebagai panduan dalam kehidupan seharian.

Artikel Berkaitan

40 orang peserta sertai Bengkel Memanah

PASIR PUTEH – Seramai 40 orang peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat telah menyertai Bengkel Memanah bertemakan “Aim High, Fokus Jati Diri” yang

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *