JASIN – Program YADIM Sejahtera: Ceramah Maulidur Rasul 1448H Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin di Surau At-Tawwab, di IPD berkenaan telah diadakan pada 25 September.
Ceramah bertajuk “Menghayati Sunnah, Memperkasa Integriti” telah disampaikan oleh Ahli Zamalah YADIM, Ustaz Muhammad Khairul Anam Mohd Razali, yang mengetengahkan kepentingan menghayati sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan, khususnya dalam membentuk nilai amanah, integriti dan tanggungjawab.
Pengisian tersebut turut memberi penekanan terhadap penerapan akhlak dan nilai yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW sebagai panduan dalam melaksanakan tanggungjawab serta memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.
Program ini diharap dapat meningkatkan penghayatan terhadap sunnah Rasulullah SAW, di samping memperkukuh nilai integriti dan amanah dalam kalangan warga IPD Jasin.



KOMEN