Home » Langit Terbuka » Cuaca pagi esok diramal baik

Cuaca pagi esok diramal baik

hanya satu dua tempat di kawasan pantai di negeri Pantai Barat Semenanjung diramal hujan dan ribut petir pada sebelah pagi, kata Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional. - Foto Islampos

PUTRAJAYA – Cuaca pada hari sambutan Aidiladha esok diramal baik pada sebelah pagi di hampir semua kawasan di seluruh negara.

Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan hanya satu dua tempat di kawasan pantai di negeri Pantai Barat Semenanjung diramal hujan dan ribut petir pada sebelah pagi.

Menurut kenyataan itu, pada sebelah petang hujan dan ribut petir diramal berlaku di satu dua tempat di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Sabah (bahagian pedalaman dan Sandakan).

“Tempat-tempat lain dijangka mengalami cuaca baik,” katanya.

Pada sebelah malam, hanya satu dua tempat di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang diramalkan hujan dan tempat-tempat lain diramal mengalami cuaca baik. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Dialah Muhammad Rasulullah SAW

Allah menjadikan musuhnya gerun dan takut sebelum menemuinya dalam jarak tempoh sebulan. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *