Home » Citra Yadim » Cuci Cuci dan Musa’adah Covid-19 di Masjid Gong Tok Nasek

Cuci Cuci dan Musa’adah Covid-19 di Masjid Gong Tok Nasek

KUALA TERENGGANU – Seramai 30 keluarga asnaf menerima sumbangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu dalam Program i-Khidmat Cuci-cuci Masjid & Musaadah Covid-19 Negeri Terengganu pada 29 Oktober.

Program ini dirasmikan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Yang Berhormat Haji Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim di Masjid Gong Tok Nasek di sini.

Mereka yang disantuni masing masing adalah dari Kampung Gong Tok Nasek, Kampung Gong Parit dan Kampung Gong Baru.

Program ini dianjurkan YADIM Terengganu dengan kerjasama antara Pejabat Ahli Dewan Undangan (ADUN) Batu Burok, Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) serta Jawatankuasa Masjid Gong Tok Nasek.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Yang Berhormat Ustaz Mohammad Khalil Abdul Hadi,  Pengarah UPDI Terengganu, Ustaz Mohd Soud Said serta pimpinan Rakan Siswa YADIM Negeri Terengganu Sdr. Amir Mokhtar

Program dimulakan seawal jam 8 pagi dengan aktiviti i-Khidmat Cuci-cuci Masjid oleh para sukarelawan RSY sebelum majlis penyampaian sumbangan dimulakan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *