Home » Uncategorized » Dapat cebisan perut pun sudah bersyukur

Dapat cebisan perut pun sudah bersyukur

Jameelah (empat dari kiri) antara kumpulan wanita daif terpaksa berjalan sejauh tiga kilometer untuk sampai ke pusat agihan - Utusan Malaysia

DAR ES SALAM (Tanzania) – “Kami hanya makan sekali sehari. Terima kasih rakyat Malaysia.”

Itu yang diungkapkan Jameelah Salam salah seorang penduduk perkampungan Condo yang hanya menerima cebisan kulit perut dari sebuah lori di pusat agihan daging korban di Princess Gate School, Kunduchi di sini semalam.

Menurutnya, mereka sekeluarga hanya bergantung harap kepada sumber makanan tanaman pisang yang diusahakannya.

“Suami saya sudah lama lumpuh. Anak-anak tidak mampu ke sekolah.

“Saya hanya menjual pisang di pasar tepi jalan bagi menyara kehidupan sekeluarga.

“Dapat ini pun bersyukur,” katanya kepada wartawan Utusan Online yang mengikuti misi menyerahkan daging korban anjuran Ez Qurban di sini semalam.

Jameelah antara kumpulan wanita daif terpaksa berjalan sejauh tiga kilometer untuk sampai ke pusat agihan ini.

Dia mengetahui agihan ibadah korban ini daripada percakapan rakan-rakan kampung berhampiran dan sanggup menunggu seawal jam 12 tengah hari bagi mendapatkan sedikit bekalan daging korban.

“Ternyata saya mungkin orang yang terakhir mendapatkan peluang yang hanya hadir setahun sekali, jelasnya. – Utusan Malaysia

 

 

 

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *